TERKINI: Pihak Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP untuk 3 Juta Pencarum

TARIKH 20PEMBAYARAN 20i LESTARI 20KWSP 20AKAN 20DIKREDITKAN 20MULAI 202 20FEBRUARI 202021 20SECARA 20BERPERINGKAT

AVvXsEheo9FQ1ktJPEWcaW0d336EVxS0zkbzfOkb9tmYoKERSxg3wj1u21CznnEzfjJ3ItZY36PMSvkLhzo2JBuJZOma370vji5NayzpVDq8YjQRYGZa0mrp5wcAH 9qfXKF6AX8Db csiTDmaRAp7zcjeP2ruPt6IsHgeP3bbHN4h IaJyS7ShDKCEO7eFQ=s16000

Pengeluaran KWSP 2.0 dibenarkan. KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0

Pengeluaran ini tersebut hanya bersasarkan kepada 3 juta pencarum yang benar-benar amat terkesan.


Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir, berkata angka itu tersebut diperolehi berdasarkna kajian senarai pencarum yang dijalankan oleh pihaknya.

Sebelum ini, katanya, pihah kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada 7 juta pencarum.

Namun yang sedemikian tiada mana-mana agensi yang membuat kajian tersebut, yang mana dapat membuktikan semua itu adalah pencarum yang betul-betul susah.

Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

“Tuntutan kami buat kali ini bersasar, oleh yang sedemikian kerana  kita tidak mahu lihat perbelanjaan tidak terkawal.

Di samping untuk mengelakkan pencarum yang tidak berkesan, ambil kesempatan untuk mengeluarkan simpanan KWSP untuk berjoli.

“Daripada kajian senarai pencarum tersebut, kami telah pun mencadangkan kelulusan yang akan diberikan kepada 3 juta pencarum.

“Buat masa ini, PGIR juga telah pun menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum yang terkesan.

Jumlah ini hanya diperolehi daripada borang aduan dibuat PGIR

Dan ianya belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar sana yang benar-benar terkesan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar 2.0.

Pihak Kerajaan Akan Meluluskan Permohonan Pengeluaran KWSP

Mengulas lanjut, Azmi yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup golongan terkesan.

Ditambah tuntutan PGIR disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan wakil rakyat di Dewan Rakyat.

Selain itu, beliau berkata, menerusi kerjasama dengan GHRF, PGIR akan membawa empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan.

Antaranya, beliau berkata, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenar mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.


Selain itu, katanya, bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja.

Seterusnya, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan, juga perlu dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.

Pencarum yang masih aktif mencarum, berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 juga perlu dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah itu.

Usul keempat, katanya, pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.


Bantulah Rakyat Dengan Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0

“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri serta kerajaan baharu ini, membenarkan pengeluaran KWSP.

“Bantulah rakyat dan kasihani mereka. Kami menerima banyak aduan yang berdepan kesempitan hidup.

Sehingga mengundang keruntuhan institusi keluarga, ada juga yang rumah terpaksa dilelong, dikejar bank dan Ah Long.

“Sehingga hari ini sebenarnya, masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan ada juga sampai hari ini tak dapat pekerjaan tetap. Ada yang terpaksa kerja cuci pinggan, walhal sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus,” katanya.


SUMBER: BERITA HARIAN

Leave a Comment