Tarikh Pembayaran i-Sinar Yang Seterusnya Bagi Kategori 1, Bulan April 2021 ~ Semak Sekarang!

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252825%2529

image

Seperti biasa, sudah pasti ramai pemohon i-Sinar tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran seterusnya untuk pembayaran i-Sinar KWSP. Ramai juga pemohon di luar sana yang keliru kenapa pembayaran bulan Mac tidak dilakukan ke dalam akaun mereka.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Sinar bagi kategori 1 sebelum ini untuk bulan Mac telah pun diawalkan dan dibayar pada bulan Februari yang lalu lagi.

Disebabkan oleh pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac tersebut, maka tiada pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Mac untuk memberi kemudahan kepada KWSP bagi mengubah sistem yang baharu untuk permohonan i-Sinar tanpa syarat.



Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai bilakah pembayaran i-Sinar KWSP seterusnya akan dilakukan.

Tarikh Pembayaran Seterusnya Bagi i-Sinar KWSP

Melalui i-Akaun para pemohon, menunjukkan tarikh yang seterusnya bagi pembayaran akan diteruskan:

  • Pembayaran seterusnya akan dilakukan bermula 1 April 2021
  • Pembayaran tersebut akan di buat mengikut batch dan kumpulan masing-masing
  • Sekiranya anda adalah penerima batch 1, anda akan terima bayaran april pada 1 April, manakala bagi batch yang seterusnya adalah mengikut batch masing-masing
  • Pembayaran ini hanya akan melibatkan mereka para pemohon yang membuat permohonan pada Januari 2021.
  • Tidak terpakai untuk permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu

Panduan Melakukan Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk melakukan semakan tersebut melalui aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami akan kongsikan kepada anda cara untuk melakukan semakan tarikh pembayaran seterusnya.

1. Buka apps i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

Maklumat Yang Selanjutnya

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotiline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau anda boleh rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web rasmi i-sinar.kwsp.gov.my

SUMBER: mingguankerja.my

Leave a Comment