STR Fasa 4 2024 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Fasa 4. Bayaran STR Fasa 3 kini secara rasminya telah habis dibayar pada 6 September lalu. Pada masa yang sama dalam beberapa bulan lagi, bayaran akhir bagi STR Fasa 4 akan bermula tidak lama lagi.

BACA JUGA:————————–

——————————————–

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Untuk pengetahuan, Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan salah satu inisiatif bantuan dalam bentuk kewangan yang dibayar dalam empat peringkat dengan jumlah maksimum RM2,500.

Selain itu, sumbangan asas rahmah pula merupakan sebuah bantuan tambahan berbentuk kredit iaitu sebanyak RM1,200 untuk memudahkan rakyat memenuhi keperluan asas mereka.

STR Fasa 4 2024

STR Fasa 1 hingga Fasa 4, bayaran Fasa 4 merupakan jumlah bayaran yang paling tinggi bagi setiap kategori penerima yang layak.

tujuan utama bantuan khas ini diwujudkan adalah untuk membantu rakyat dalam meringankan beban mereka untuk memenuhi kos sara hidup rakyat

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 2024

Makluman, berikut merupakan jumlah bayaran penuh STR Fasa 4 bagi setiap kategori Penerima:

KATEGORI ISI RUMAH B40 (RM0 – RM2,500)

  • TIADA ANAK
    • RM200
  • 1 HINGGA 2 ANAK
    • RM350
  • 3 HINGGA 4 ANAK
    • RM500
  • 5 ANAK DAN KEATAS
    • RM700

KATEGORI ISI RUMAH M40 (RM2,501 – RM5,000)

  • TIADA ANAK
    • RM150
  • 1 HINGGA 2 ANAK
    • RM200
  • 3 HINGGA 4 ANAK
    • RM250
  • 5 ANAK DAN KEATAS
    • RM350

BUJANG/ WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • RM150

Tarikh Bayaran STR Fasa 4 2024

Setakat ini tiada lagi tarikh bayaran diumumkan oleh pihak kerajaan. Namun demikian, STR Fasa 4 tahun lalu 2023 telah dibayar pada bulan November. Oleh itu, besar kemungkinan STR Fasa 4 (2024) akan mula dikreditkan antara bulan November atau Disember tahun ini

Join Channel Whatsapp LMS 1 1
STR Fasa 4 2024 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran 4

Leave a Comment