STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan : Semak Jadual Bayaran Mengikut Bank Disini

STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan. Setelah beberapa bulan menunggu tarikh bayaran STR Fasa 3, akhirnya pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 3 akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos ini.

Dengan Belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan iaitu sebanyak RM2 bilion yang akan memanfaatkan penerima meliputi 60% daripada golongan dewasa.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Untuk makluman, sumbangan tunai rahmah merupakan sebuah bantuan tunai yang telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk setiap isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal, warga emas yang berkelayakan.

STR dibayar dalam empat fasa dan pecahan jumlah keseluruhan akan dibahagikan dalam empat fasa pembayaran.

Baca Juga : Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima

STR Fasa 3 2024

Telah rasmi bayaran STR Fasa 3 mula dikreditkan pada 29 Ogos ini. Pembayaran akan diutamakan kepada pemegang BSN dan seterusnya kepada semua penerima.

Jumlah Bantuan STR Fasa 3

Buat pengetahuan semua, jumlah bayaran berbeza mengikut kategori penerima. Sila semak dengan teliti:

ISI RUMAH B40

  • RM150 – RM600 bergantung jumlah tanggungan

ISI RUMAH M40

  • RM150 – RM300 bergantung jumlah tanggungan

WARGA EMAS/ TIADA PASANGAN

  • RM150

BUJANG

  • RM50

Manakala, baki jumlah bantuan akan dibayar dalam fasa yang terakhir iaitu fasa empat.

Jadual Bayaran Mengikut Bank Penerima

Pembayaran akan bermula pada 29 Ogos hingga 6 September secara berperingkat bagi setiap penerima.

Pembayaran akan lebih diutamakan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kemudian baru diikuti dengan bank-bank yang lain.

STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan
STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan : Semak Jadual Bayaran Mengikut Bank Disini 5

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes pemegang BSN dibayar lebih lewat berbanding bank-bank lain. Sekiranya bayaran belum masuk pada 29 Ogos 2024, anda perlu menunggu sehingga hari terakhir pembayaran iaitu 6 September 2024.

Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh terima bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 29 Ogos 2024dan ke depan.

Join Channel Whatsapp LMS 1 1
STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan : Semak Jadual Bayaran Mengikut Bank Disini 6

Leave a Comment