STR Fasa 3 2024 : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Disini

STR Fasa 3 2024. Setelah beberapa bulan menunggu tarikh bayaran STR Fasa 3, akhirnya pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 3 akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 ini.

Dengan Belanjawan 2024 ini, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan iaitu sebanyak RM2 bilion yang akan memanfaatkan penerima meliputi 60% daripada golongan dewasa.

Baca Juga : STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan : Semak Jadual Bayaran Mengikut Bank Disini

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Untuk makluman, Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.

STR akan dibayar dalam empat fasa dan pecahan jumlah keseluruhan akan dibahagikan dalam empat fasa pembayaran.

STR Fasa 3 2024

Tarikh rasmi STR Fasa 3 mula dikreditkan pada Khamis, 29 Ogos 2024. Pembayaran akan diutamakan kepada pemegang BSN dan seterusnya kepada semua penerima.

Jumlah Bantuan STR Fasa 3

Untuk pengetahuan semua, jumlah bayaran berbeza mengikut kategori penerima. Sila semak dengan teliti:

ISI RUMAH B40

  • RM150 sehingga RM600 bergantung jumlah tanggungan

ISI RUMAH M40

  • RM150 sehingga RM300 bergantung jumlah tanggungan

WARGA EMAS/ TIADA PASANGAN

  • RM150

BUJANG

  • RM50

Manakala, baki jumlah bantuan akan dibayar dalam fasa yang terakhir iaitu fasa empat.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 3

Tarikh rasmi STR Fasa 3 mula dikreditkan pada Khamis, 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 secaea berperingkat bagi setiap penerima yang mempunyai akaun bank.

Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank juga turut boleh terima bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) Bermula 29 Ogos 2024 sehingga selesai.

Join Channel Whatsapp LMS 1 1
STR Fasa 3 2024 : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Disini 4

Leave a Comment