STR Fasa 1 2024. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) iaitu secara berperingkat.
STR pada tahun 2024 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.
Kadar Bayaran STR Fasa 1 2024
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:
Kategori Isi Rumah Penerima STR Fasa 1 2024
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
KATEGORI ISI RUMAH
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
BUJANG/ WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun/ OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150
Baca Juga :
- Jawatan Kosong RISDA : Gaji RM1,500 – RM8,334
- Program Daya Kerjaya 2.0 : Permohonan Insentif RM1500 Sebulan
Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
Untuk makluman anda semua, bayaran pertama bagi STR 2024 akan dilakukan bermula pada 29 Januari 2024 dan dijangka akan disalurkan sebelum bulan Ramadhan.
- Fasa 1 : 29 Januari 2024 (Isnin)
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Semakan Status Bayaran STR 2024
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.