Skim PeKa B40 : Semakan Kelayakan & Cara Tuntut

Skim Peka B40. Berita baik untuk golongan B40, anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40.

Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan yang berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Jom ketahui lebih lanjut tentang PeKa B40 dan semak kelayakan anda sekarang!

Apakah Itu Skim PeKa B40?

Skim PeKa B40 ini merupakan:

  • Inisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).
  • Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.
  • Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan.
Skim Peka B40
Skim PeKa B40 : Semakan Kelayakan & Cara Tuntut 6

4 Manfaat Skim PeKa B40

Melalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut:

  • Saringan Kesihatan PERCUMA
  • Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
  • Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3).
Skim Peka B40
Skim PeKa B40 : Semakan Kelayakan & Cara Tuntut 7

Anda boleh rujuk manfaat perincian di bawah:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma

Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).

Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.

Saringan kesihatan yang merangkumi:

  • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  • saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • ujian darah dan ujian air kencing

Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.

Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.

Untuk membuat saringan kesihatan, semak kelayakan di: www.pekab40.com.my sekiranya layak cuma perlu bawa kad pengenalan sahaja ke klinik berdaftar dengan PeKa B40. Selain itu:

  • Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan
  • Tiada bayaran dikenakan
  • Tidak perlu berpuasa

Anda juga boleh semak senarai klinik yang berdaftar di: https://bms.pekab40.com.my/provider

Manfaat 2 : Bantuan Alatan Perubatan

Manfaat ini telah melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.

Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.

Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori yang berikut:

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

Baca Juga:

Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Manfaat 3 ini bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi bagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.

RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:

  • RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
  • RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan

Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.

Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.

Had maksimum bantuan yang boleh diterima:

  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Semakan Kelayakan Skim PeKa B40

Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKaB40 adalah seperti berikut:

  • Langkah 1 : Semak kelayakan.
  • Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKaB40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKaB40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
  • Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini.

Semak kelayakan anda melalui pautan berikut: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Skim Peka B40
Skim PeKa B40 : Semakan Kelayakan & Cara Tuntut 8
Senarai Klinik Skim PeKa B40

Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di pautan ini https://bms.pekab40.com.my/provider

Maklumat Lanjut Skim PeKa B40

Buat makluman anda, Peka B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari website PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi +603-8687 2525.

Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:

TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)

EMEL
[email protected]
[email protected] [email protected]
[email protected]

ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

LAMAN WEB
https://protecthealth.com.my/peka-b40/

MEDIA SOSIAL
ProtectHealth Corporation

Leave a Comment