Semakan Terkini Bagi Tarikh Pembayaran i-Sinar Bulan Mei 2021

Pembayaran%2Bi Sinar%2BMei%2B2021

image

Bermula pada bulan Mei 2021 ini, pembayaran serta pengkreditan terhadap i-Sinar KWSP akan diteruskan oleh KWSP. Selain itu, anda boleh untuk melakukan semakan tarikh penting bagi pembayaran i-Sinar ini.

Seperti yang kita tahu sebelum ini, pembayaran pada bulan Mac telah pun diawalkan kepada bulan Februari. Semasa bulan Februari, pemohon telah menerima dua pembayaran iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan juga pada bulan Mac. Namun yang sedemikian, pembayaran di bulan Mac tidak ada. Hal ini disebabkan untuk memberi ruang kepada permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat.

Berdasarkan sumber daripada KWSP melalui i-Akaun:

1. Pembayaran tersebut akan bermula pada 3 Mei 2021
2. Pembayaran secara berperingkat mengikut batch masing-masing.
3. Ahli yang menerima pada 1 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Mei.
4. Ahli yang menerima pada 2 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 4 Mei.
5. Dan begitu juga seterusnya dengan batch masing-masing berdasarkan tarikh pada bulan April.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan cara untuk melakukan semakan status i-Sinar melalui i-Akaun.

Panduan Untuk Melakukan Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh melakukan semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai cara untuk melakukan semakan tarikh pembayaran seterusnya.

1. Buka apps i-Akaun pada pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang anda sudah daftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan sebelah kiri.
4. KLIK pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar anda akan dipaparkan.

Maklumat Yang Selanjutnya

Untuk maklumat yang selanjutnya berkenaan dengan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03 – 8922 4848 atau pun anda boleh rujuk soalan yang berkenaan dengan i-Sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my

Leave a Comment