Semakan Bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Semakan%2BSTATUS%2BPERMOHONAN%2BBantuan%2BKhas%2BIbu%2BTunggal%2B%2528BKIT%2529

image

Kepada mereka yang telah melakukan sebarang permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT), semakan BKIT ini boleh dilakukan melalui portal rasmi Jabatana Pembangunan Wanita. Laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita telah pun memaparkan kategori pemohon bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal atau BKIT. 

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan kategori pemohon bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT). Berikut adalah kategori pemohon;



KATEGORI BAGI PEMOHON

Menerusi daripada Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan dengan definisi yang berikut:

*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

1. Taraf perkahwinan balu ataupun bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat serta tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah.

3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Oleh yang sedemikian, mereka yang memenuhi kriteria di atas adalah layak untuk digelar sebagai ibu tunggal. Kepada mereka yang layak untuk melakukan permohonan dan sudah pun memohon, semakan status permohonan boleh dibuat secara atas talian.

PANDUAN UNTUK MELAKUKAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

1. Sila layari laman web rasmi https://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
2. Isi no.IC anda sebagai pemohon

Permohonan yang sudah dilakukan adalah secara atas talian (online) atau manual (muat turun borang permohonan).

Permohonan Secara Online

Anda boleh melakukan permohonan secara online dengan mengisi borang online di portal web rasmi https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en

Permohonan Secara Manual

Permohon boleh mendapatkan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal di laman web rasmi https://www.jpw.gov.my/muat-turun/ dan sila ikuti arahan yang diberikan.

Maklumat Yang Selanjutnya & Pertanyaan

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.

+603-8000 8000 / [email protected]

Leave a Comment