Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Permohonan bagi bantuan PPRT 2024 kini dibuka. PPRT adalah singkatan bagi Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar. Ianya adalah sebuah program di bawah SPKR yang bertujuan untuk pembasmian kemiskinan luar bandar serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat menaik taraf kehidupan serta ekonomi keluarga yang sedia ada.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan Rumah PPRT dan cara untuk membuat permohonan.

Rumah PPRT 2024

Tujuan utama bantuan PPRT diperkenalkan adalah untuk menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin ( golongan B40) dengan membina atau membaik pulih rumah dengan cara menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat untuk didiami sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

TENGAH TRENDING:————————–

——————————————————-

Rumah PPRT 2024
Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 6

Skop Bantuan Program Rumah PPRT 2024

Bagi bantuan PPRT ini adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

1. Bina Baharu

Bantuan untuk pembinaan tempat tinggal yang baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau tempat tinggal yang didiami terlalu uzur, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

2. Baik pulih

Baik pulih melibatkan 3 perkara berikut:

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan
  • Requisition(Permohonan)

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah

Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Kumpulan Sasar Program Rumah PPRT 2024

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Syarat Permohonan Rumah PPRT 2024

Setiap bantuan mempunyai syarat yang berbeza mengikut katagori. Ianya terbahagi kepada dua :

1. Bantuan Bina Baharu

Syarat Bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:

  • Tidak memiliki rumah;
  • Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • Tidak ekonomik untuk dibaiki;
  • Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

2. Bantuan Baik Pulih

Syarat Bantuan Baik Pulih pula adalah:

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai tempat tinggal yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

  1. Warga emas
  2. Orang kurang upaya (OKU)
  3. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  4. Mangsa bencana yang berskala kecil
  5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Cara Permohonan Rumah PPRT 2024
  1. Permohonan perumahan PPRT 2023 adalah secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
  2. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
  3. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
Rumah PPRT 2024
Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 7
Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 8

Leave a Comment