RM10K Bersasar atau One-Off? Maklumat Terperinci I-SInar Diumumkan Rabu Ini

RM10%252C000

 Maklumat Terperinci i-Sinar diumumkan Rabu Ini

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lama lagi akan mengumumkan maklumat yang terperinci mengenai kelayakan serta proses pengeluaran caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar pada Rabu ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata: pengumuman mengenai program yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 itu akan menjawab segala kekeliruan yang telah bermain dalam fikiran orang ramai.

Pihak KWSP akan melakukan pengumuman berkaitan perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu ini,” katanya ketika menyertai program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang dihoskan oleh pengacara Sherkawi Jirim, di sini, hari ini.

Individu Kehilangan Pekerjaan Atau Yang Mengalami Pengurangan Gaji Boleh Melakukan Pengeluaran Sehingga RM 10,000

Tengku Zafrul berkata secara umumnya, mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya baki simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada RM90,000.

Sebelum ini dilaporkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan pengeluaran maksimum sebanyak RM60,000.

Mengenai peruntukan yang berjumlah RM3 bilion untuk membiayai pembelian vaksin COVID-19 yang dikatakan tidak mencukupi itu, Tengku Zafrul mengatakan peruntukan itu akan ditambah berdasarkan keperluan kita.

” Kita tidak akan teragak-agak untuk menambah peruntukan jika perlu…ini bukan sahaja untuk vaksin, bahkan ini untuk segala peruntukan yang diperlukan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terutamanya untuk memerangi COVID-19.

“Mengikut kajian KKM dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi serta Inovasi, lebih kurang RM3 bilion yang diperlukan untuk memvaksin lebih kurang 70 peratus rakyat Malaysia. Itu adalah anggaran yang diberikan berdasarkan perundingan mereka dengan syarikat pengeluar vaksin,” katanya.

Berkaitan dengan jumlah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), beliau mengatakan jumlah peruntukan hanya akan diketahui semasa persidangan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

“Di peringkat jawatankuasa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membuat pengumuman mengenai peruntukan (J-KOM) dan berapa banyak lagi yang dikurangkan.
“Kementerian Kewangan dan KKMM masih berunding, apa yang kita mahu lihat serta dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah,” katanya.

Leave a Comment