Pengumuman tersebut telah berlangsung pada 17 Mac 2021 Hari Rabu, jam 5:30 petang yang disiarkan di saluran-saluran utama televisyen tempatan. Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan pengumuman tersebut di bawah ini bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan baharu ini.
Bantuan & Inisiatif Pakej Pemerkasa
Untuk makluman anda, pakej pemerkasa ini adalah merupakan kesinambungan daripada inisiaitif yang telah dilakukan sebelum ini iaitu pada pakej PRIHATIN dan juga Prihatin PKS. Selain daripada itu, pihak kerajaan turut melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta PERMAI pada tahun lepas. Antara inisiatif pakej PEMERKASA ini adalah:
– Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.
– Bayaran tambahan sebanyak RM500 akan diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
– Penerima berumur 21 sehingga 60 tahun
– Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
– Pengesahan kehilangan pendapatan dan juga semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
– Dibayar bermula pada bulan Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing
**Segala maklumat berkaitan pakej bantuan tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.