Untuk makluman semua, sejak permohonan pengeluaran wang daripada Akaun-1 menerusi program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP tidak kiralah secara digital atau fizikal telah berjalan dengan sangat baik.
Cara untuk mengetahui berkaitan dengan tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP, sila ikuti segala perkongsian yang telah Laporan Media Semasa sediakan di bawah ini.
BACA JUGA:
Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Bagi Kategori 1 Dibuka Hari Ini (21 Disember 2020) – MOHON SEKARANG!
Menurut Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata bahawa tarikh pertama bayaran i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:
- Tarikh Pertama Bayaran i-Sinar KWSP : 11 Januari 2021
Namun demikian, para pemohon haruslah melakukan semakan permohonan yang telah dilakukan terlebih dahulu akan bermula pada 4 Januari 2021.
BACA JUGA:
[TERKINI] i-Sinar: Semakan Status Pengeluaran & Jadual Pembayaran
PERMOHONAN i-SINAR DIBUKA SELAMA 6 BULAN
Untuk pengetahuan anda, kepada mereka yang belum melakukan permohonan i-Sinar dan mempunyai hasrat untuk melakukan permohonan, anda adalah dinasihatkan agar tidak terburu-buru dalam melakukan permohonan kerana permohonan i-Sinar ini dibuka selama tempoh 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021.
Pastikan anda tidak tergesa-gesa dalam melakukan permohonan sehingga anda melakukan kesilapan dalam melakukan permohonan i-Sinar ini kerana tiada pindaan atau pembatalan yang boleh dilakukan bagi permohonan yang telah di hantar.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau melakukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan i-Sinar, sila hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga jam 8 malam sahaja.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.