Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra untuk bulan kedua akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Begitu juga seperti i-Sinar, bayaran tersebut akan diterima mengikut kategori permohonan serta tarikh kelulusan masing-masing.
Oleh yang sedemikian, kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan semakan status serta jadual pembayaran bagi bulan September dan juga bulan-bulan seterusnya.
Tarikh Pembayaran i-Citra
Untuk pengetahuan anda semua bahawa pembayaran i-Citra akan bermula pada 1 September 2021. Oleh itu, pengkreditan amaun ke bank ahli tersebut akan mengambil tempoh masa lebih kurang dalam 1 – 3 hari bekerja serta bergantung kepada prosedur bank tersebut.
Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra
Tarikh pembayaran bagi bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran pada bulan kedua dan begitu juga seterusnya.
Sebagai contohnya, jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, maka bayaran yang kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan yang berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Jika pembayaran tersebut lambat, bayaran itu akan dikreditkan di dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan yang berkenaan.
Menurut daripada pegawai KWSP, pemohon tersebut boleh melakukan semakan status berikut untuk info lanjut serta malumat terkini berkenaan dengan tentang pembayaran.
Cara Melakukan Semakan Status i-Citra
Semakan i-Citra boleh dilakukan melalui dengan dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau pun melalui i-Akaun.
Untuk melakukan sebarang semakan melalui laman web rasmi i-Citra:
- Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada butang “SEMAK STATUS“
- Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap
- Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
Untuk melakukan semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- KLIK pada WITHDRAWAL HISTORY
- Seterusnya KLIK pada paparan yang ada bertulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah;
Maklumat Yang Selanjutnya
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan i-Citra, anda boleh menghubungi HOTLINE i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk mendapatkan maklumat yang terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.
SUMBER: salamkerjaya
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.