Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program tersebut telah ditambah baik di mana program ini akan menjanjikan kepada anda sesuatu yang mungkin jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai segala maklumat program selanjutnya dan bantuan ini.
Jumlah Bantuan & Tarikh Permohonan
1. Program Perantisan Asal (Penjana Kerjaya 2.0)
- Tempoh Latihan : 3 bulan
- Jumlah Insentif : RM1,000
- Tarikh Permohonan : –
2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)
- Tempoh Latihan : 6 bulan
- Jumlah Insentif : RM800
- Tarikh Permohonan : 1 April 2021
3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)
- Tempoh Latihan : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
- Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
- Tarikh Permohonan : 15 April 2021
Syarat Kelayakan
- Kepada pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak untuk melakukan permohonan bagi para pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau pun perusahaan berkenaan.
- Hanya kurus yang dikenalpasti sahaja bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
- Setiap perantis yang tersenarai di bawah Penjana Kerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
Cara Untuk Memohon
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan bagi bantuan ini;
- Sila daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFuturejobs di laman https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Anda perlu buat permohonan insentif di laman https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Untuk program perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman https://www.myfuturejobs.gov.my/
Soalan Lazim
1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosngan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
- Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosngan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.
2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarrum dengan PERKESO?
- Ya. Setiap perantisan yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.
3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?
- Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melaui emel [email protected]
SUMBER: salamkerjaya.com
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.