PMGC: Hari ketiga Super Weekend 1 ditunda akibat gangguan bekalan elektrik.

Untitled%2Bdesign%2B%25281%2529


Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) yang sepatutnya akan berlangsung pada jam 8 malam ini ditunda akibat gangguan bekalan elektrik di studio PMGC, kata penganjur.

Super Weekend 1 ini sepatutnya berakhir pada hari ini kerana mata yang dikumpul dalam minggu ini akan dikira untuk ke stage final. Hanya Super Weekend sahaja akan mengira mata untuk mara ke final.

Siaran langsung dikatakan akan berlangsung kembali pada esok hari ataupun Selasa (1 Disember), menurut satu ciapan di akaun rasmi PUBG Mobile Esports di Twitter.

“Objektif kami adalah untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pasukan yang terlibat.

“Walaupun ini adalah keputusan yang agak menyedihkan, ini hanya adalah satu-satunya penyelesaian kami dalam berkenaan dengan situasi ini,” tulis kenyataan tersebut.

PMGC mengumpulkan 24 pasukan dari seluruh dunia yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM8.2 juta.

Leave a Comment