Permohonan Wang Ehsan. Bagi anda yang bakal memasuki IPTA, terdapat berita baik kepada anda. Kerajaan sediakan bantuan wang ehsan negeri Kelantan kepada penuntut IPTA. Anda boleh mohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebagai inisiatif mengurangkan beban kewangan kepad pelajar IPTA.
Program bantuan wang ehsan negeri Kelantan ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja dari kalangan pelajar dan boleh membuat permohonan secara online segera. Terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan wang ehsan negeri Kelantan dan cara mohon.
Pengenalan Wang Ehsan Negeri Kelantan
Bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah merupakan sebuah bantuan berbentuk bantuan kewangan dan bantuan sambung belajar atau biasiswa kepada pelajar-pelajar dari Negeri Kelantan yang berjaya menyambung pengajian ke Universiti Awam dan Politeknik dalam Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan Wang Ehsan Negeri Kelantan
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan mestilah meneliti syarat-syarat berikut bagi mohon bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan:
- Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan iaitu berkod pengenalan dari 03,29 dan 29.
- Pemohon juga telah menerima tawaran daripada mana-mana IPTA berdasarkan surat tawaran tahun semasa.
- Ibubapa pemohon adalah mereka yang dilahirkan dalam negeri Kelantan yang berkod nombor kad pengenalan 03, 28 dan 29.
Khusus bantuan ini adalah terhad kepada mereka yang dilahirkan di bumi Kelantan sahaja. Memandangkan ianya adalah bantuan untuk anak negeri sahaja. Walaubagaimanapun, untuk negeri lain boleh dirujuk pada bahagian unit ehsan negeri yang disediakan.
Baca Juga :
- Jawatan Kosong Bank Rakyat : Gaji RM4,000 – RM4,999 ~ Tarikh Tutup Permohonan 1 Mac 2024
- Bantuan E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Cara Permohonan Wang Ehsan Negeri Kelantan
Terdapat beberapa langkah yang perlu anda buat untuk memohon bantuan kewangan pelajar ini. Berikut adalah merupakan cara mohon bantuan wang ehsan negeri Kelantan:
- Sila Layari laman Ehsan Negeri Kelantan.
- Kemudian klik pada pautan permohonan.
- Pemohon boleh memulakan isian permohonan dalam talian.
- Pastikan pemohon memberi maklumat butiran diri yang lengkap dan tepat.
- Selepas selesai membuat isian maklumat, Pemohon perlu cetak permohonan.
- Sahkan borang permohonan serta dokumen yang berkaitan.(Rujuk bahagian dokumen)
- Pemohon perlu menyerahkan borang permohonan tersebut ke alamat:
Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
atau
Pejabat PPNK baharu di Tunjong
(Bangunan Wisma Harris bersebelahan Stesen Minyak Petronas, Tunjong)
Dokumen Yang Perlu Dilampirkan Semasa Membuat Permohonan Wang Ehsan
Sebelum menghantar permohonan, pemohon perlu melengkapkan lampiran dokumen berkaitan yang diminta oleh pihak berwajib. Pemohon hendaklah melampirkan dokumen berkaitan seperti dibawah:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Surat Tawaran IPTA. (Tahun semasa pemohon masuk IPTA)
- Salinan Kad Pengenalan Ibubapa.
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
Dengan melengkapkan pelbagai bahan dokume dan lampiran yang diminta, pemohon perlulah mengemukakan permohona di jabatan dan Pejabat seperti alamat diatas. Diharapkan pemohon berjaya mendapat bantuan pendidikan dan semoga terus maju jaya dalam pelajaran.