Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2024 Kini Dibuka

Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2024. Terdapat segelintir rakyat yang gagal menerima bayaran tersebut. Oleh hal demikian, rayuan untuk STR Fasa 3 kini dibuka untuk permohonan kembali.

Dengan adanya Belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan iaitu sebanyak RM2 bilion yang akan memanfaatkan penerima meliputi 60% daripada golongan dewasa.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Untuk pengetahuan umum, program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar dalam empat fasa dan pecahan jumlah keseluruhan akan dibahagikan dalam empat fasa pembayaran.

Baca Juga : ————–

——————————

Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2024

Berita baik bagi mereka yang tidak berjaya dalam STR Fasa 3 baru-baru ini, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MYSTR) untuk melakukan permohonan rayuan atau secara manual.

Permohonan rayuan boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau dengan mengisi borang kertas secara manual di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran kawasan anda.

Permohonan rayuan online boleh terus di mohon melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Jumlah Bayaran Rayuan STR Fasa 3 2024

Jumlah bayaran bagi rayuan kali ini adalah sama dengan pembayaran STR Fasa 3. Sila semak perkara di bawah :

ISI RUMAH B40

  • RM150 sehingga RM600 bergantung jumlah tanggungan

ISI RUMAH M40

  • RM150 sehingga RM300 bergantung jumlah tanggungan

WARGA EMAS/ TIADA PASANGAN

  • RM150

BUJANG

  • RM50

Manakala, baki jumlah bantuan akan dibayar dalam fasa yang terakhir iaitu fasa empat.

Jadual Bayaran Mengikut Bank Penerima

Pembayaran akan bermula pada 29 Ogos hingga 6 September secara berperingkat bagi setiap penerima.

Pembayaran akan lebih diutamakan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kemudian baru diikuti dengan bank-bank yang lain.

Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2024
Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2024 Kini Dibuka 5

Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh terima bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 18 September 2024 dan ke depan.

Join Channel Whatsapp LMS 1 1
Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2024 Kini Dibuka 6

Leave a Comment