Permohonan Perajurit TLDM 2024. Individu yang berminat untuk menyertai Perajurit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh memohon secara ‘Walk-In’ akan bermula 18 April hingga 10 Mei 2024.
Mac 2024 – TLDM mempelawa individu yang berkelayakan untuk diserap khidmat kedalam jabatan bagi sesi tahun 2024 – 2025 di seluruh Malaysia.
Berikut merupakan infografik ringkas iklan jawatan kosong yang dibuka oleh majikan/ agensi/ jabatan/ kementerian yang terlibat. Info jawatan kosong ini adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada portal pengambilan jawatan.
Laporan Media Semasa sebagai Portal Informasi Alternatif berperanan dalam menyiarkan maklumat jawatan kosong ini dalam bentuk yang lebih mudah untuk memudahkan proses permohonan anda.
Berikut adalah maklumat penuh dan cara mohon Jawatan TLDM 2024.
Permohonan Perajurit TLDM 2024
SENARAI JAWATAN | MAKLUMAT JAWATAN |
1. PERAJURIT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA | MAJIKAN: TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) KEKOSONGAN: PELBAGAI ZON SELURUH NEGARA KELAYAKAN MINIMA: SPM/ SVM/ DIPLOMA TARIKH WALK IN BERMULA: 18 APRIL – 10 MEI 2024 PURATA GAJI: GAJI & ELAUN MENARIK DITAWARKAN |
Cara Permohonan Perajurit TLDM 2024
Gaji permulaan adalah seperti berikut:
- Latihan Perajurit Muda (6 Bulan): RM 1,774.00
- Diperjawatkan (kelulusan):
- – SPM atau SVM: RM 1,879.00
- – SPM dan SKM Tahap 2: RM 1,945.01
- – SPM dan SKM Tahap 3: RM 2,011.02
- – Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) RM 2,341.07
- *Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran insentif Khas ATM (RM200)
- Kenaikan Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
- Bayaran Elaun dan lnsentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan): Bayaran lnsentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Penyelam Ranjau, Bayaran lnsentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan.
- Keistimewaan: Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc).
Tengah Trending:
- Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad ~ Minima PMR/PT3 Layak Mohon
- Permohonan Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM/ SVM
- SPM – Kepujian Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah, Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian;
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
Syarat Umum Permohonan Perajurit TLDM 2024
Syarat umum kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 3 Jun 2024.
- Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta – Lelaki.
- Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
- Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
Syarat Kelayakan Akademik Lepasan SPM/ SVM
Syarat kelayakan akademik bagi lepasan SPM/SVM adalah seperti:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
- – Bahasa Inggeris.
- – Matematik.
- – Sains.
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
Syarat kelayakan Akademik Lepasan Diploma Kejuruteraan
Untuk lepasan Diploma Kejuruteraan, syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut:
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
- Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi (pengiktirafan rasmi).
- Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:
- Diploma in Engineering.
- Diploma in Electrical Engineering.
- Diploma in Electronics Engineering.
- Diploma in Electrical and Electronic Engineering.
- Diploma in Marine Engineering.
- Diploma in Software Engineering.
- Diploma in Microelectronic Engineering.
- Diploma in Information Engineering.
- Diploma in Telecommunication Engineering.
- Diploma in Mechanical Engineering.
- Diploma in Mechatronic Engineering.
- Diploma in Manufacturing Engineering.
- Diploma Engineering in Aircraft Maintenance.
- Advanced Diploma in Engineering.
Proses Permohonan Walk-In
Proses permohonan perajurit TLDM 2024 secara Walk-In adalah seperti di bawah:
- Pemohon perlu hadir ke lokasi mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:
- Waktu pendaftaran : 0800H sehingga 0830H.
- Waktu pemilihan 0830H sehingga 1700H.
- Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan.
- Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang asal seperti berikut:
- Kad Pengenalan (Mykad) beserta 1 salinan fotostat.
- Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma/Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat.
- Salinan Kad Pengenalan (MY KAD/Passport) ibu dan bapa 1 salinan fotostat.
- Sijil Kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat.
- Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Perajurit TLDM 2024 Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.
- Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui email selepas tapisan pada bulan Jan 2024.
Tips Ideal Mengisi Permohonan Jawatan
Berikut adalah tips permohonan jawatan:
- Menghasilkan Resume yang Berkualiti:
- Mula dengan maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel.
- Kemudian, sertakan butiran pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran yang relevan.
- Pastikan resume anda disusun dengan kemas dan mudah dibaca oleh majikan.
- Meneliti Pasaran Pekerjaan:
- Ketahui tentang industri yang anda minati atau bidang pekerjaan yang anda inginkan.
- Kenal pasti syarikat-syarikat terkemuka dalam industri tersebut.
- Terokai laman web, iklan pekerjaan, dan media sosial yang berkaitan untuk mencari jawatan kosong yang sesuai.
- Melayari Laman Web Pekerjaan:
- Gunakan laman web pekerjaan popular seperti JobStreet, LinkedIn, dan Mingguan Kerja.
- Daftar akaun dan lengkapkan profil pekerjaan anda dengan butiran yang tepat.
- Masukkan kata kunci yang sesuai dengan pekerjaan yang anda cari untuk memudahkan log in pada masa akan datang.
- Meneroka Laman Web Syarikat:
- Laman web syarikat seringkali mempunyai bahagian “Kerjaya” atau “Jawatan Kosong” yang menghebahkan jawatan kosong yang ditawarkan.
- Layari laman web syarikat yang anda minat dan semak kategori pekerjaan mereka untuk mencari jawatan yang ideal.
- Mengemukakan Permohonan:
- Sekiranya anda menemui jawatan kosong yang sesuai, baca keterangan jawatan tersebut secara tertib dan teliti.
- Pastikan anda memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam iklan jawatan.
- Sediakan surat permohonan yang menonjolkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan.
- Lampirkan resume yang terkini lengkap bersama dengan salinan sijil atau transkrip yang relevan.
- Menyertai Sesi Temuduga:
- Jika permohonan anda dipilih, anda mungkin akan dijemput bagi sesi temuduga.
- Persiapkan diri dengan membaca dan mengkaji tentang syarikat tersebut.
- Latih kemahiran temuduga dengan merancang jawapan kepada soalan-soalan yang berpotensi untuk ditanya.
- Pakaian yang kemas dan profesional semasa temuduga.
- Ikuti Proses Pemilihan:
- Setelah temuduga, ikuti proses dan prosedur pemilihan yang ditetapkan oleh majikan.
- Sekiranya dipilih, anda mungkin perlu menjalani ujian atau menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ditawarkan pekerjaan.
Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini dengan teliti dan bersungguh-sungguh, ia akan meningkatkan peluang anda untuk mencari dan mendaftar Jawatan Kosong TLDM. Semoga berjaya!