Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024. Dengan adanya program i-Suri, suri rumah akan rasa lebih terjamin mengenai masa depan mereka, ini kerana KWSP ini umpama tabung untuk di hari tua mereka. Untuk suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang telah pun mendaftar dengan e-Kasih, jangan lupa pilih i-Suri sebagai simpanan tambahan anda.

TENGAH TRENDING:————

—————————————–

Pengenalan Bantuan Suri Rumah

Untuk pengetahuan anda, bantuan suri rumah merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan sokongan kewangan dan juga keselamatan sosial kepada golongan suri rumah di Malaysia.

Program ini telah dilaksanakan melalui pelbagai skim seperti i-Suri KWSP, di mana suri rumah yang layak boleh mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela serta menerima insentif khas daripada kerajaan.

Permohonan Bantuan Suri Rumah (Insentif i-Suri KWSP)

i-Suri merupakan sebuah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk juga suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.

Kepada ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum iaitu sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun.

Bagi fasa pertama skim ini telah dilancarkan iaitu pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 lalu dilaksanakan oleh KWSP.

Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024
Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 6

Manfaat Permohonan Bantuan Suri Rumah KWSP 2024

Berikut merupakan manfaat Bantuan Suri Rumah KWSP:

  1. Insentif Khas:
    • – Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 dalam tahun semasa
    • – Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun (mana yang terdahulu)
    • – Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  2. Dividen Tahunan:
    • – Menikmati dividen tahun di atas simpanan persaraan anda.
  3. Bantuan Kematian:
    • – Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  4. Pelepasan Cukai:
    • – Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan suri rumah:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih

Kadar Caruman Minimum

Untuk pengetahuan anda, tiada caruman minimum untuk i-Suri 2024. Namun begitu, ahli digalakkan mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun 2024:

Rujuk jadual di bawah:

Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024
Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 7

Cara Mendaftar Permohonan Bantuan Suri Rumah

Pendaftaran boleh dilakukan seperti berikut:

  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan malumat data eKasih
  • Pendaftaran kendiri melalui:
    • Aplikasi KWSP i-Akaun
    • Secara dalam talian d laman web KWSP
    • Pendaftaran di Self Service Terminal (SST)
  • Hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri (KWSP 16G (M))

Dokumen yang diperlukan sekiranya ingin membuat pendaftaran:

  • Mykad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Cara Pembayaran Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024

Pembayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

  • Aplikasi mudah alih – KWSP i-Akaun
  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank – BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
  • Ejen bank berdaftar – (EB) BSN
  • Bayaran secara tunai (maksimum RM500)/ cek / draf bank / kiriman wang / wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  • Bayaran secara kad debit melalui Mobile Team (MT) dan pejabat KWSP

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).

Join Channel Whatsapp LMS 1 1
Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 8

Leave a Comment