Melalui sidang media khas hari ini, Perdana Menteri mengumumkan sebuah lagi pakej ransangan ekonomi yang terkini iaitu Pakej Bantuan Ekonomi & Rakyat Malaysia ataupun akronimnya PERMAI melibatkan jumlah bantuan sekitar RM15 billion.
Antara senarai bantuan sepanjang 2021 ini adalah seperti yang berikut:
1. BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)
2. BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
Senarai Bantuan Permai 2021
- Moratorium, termasuk dengan lanjutan moratorium serta pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan daripada bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
- JKM akan melaksanakan Program Bakul Makanan bernilai sebanyak RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak sahaja.
- Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet akan dilanjutkan sehingga 31 Dissember 2021 ini.
- Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan lebih dipercepatkan bermula pada 21 Januari.
- Pemberian sekaligus RM500 kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.
- Mereka terjejas boleh melakukan permohonan moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac 2021.
- Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baikkan lagi, semua majikan yang sedang beroperasi semasa PKP layak untuk melakukan permohonan tanpa mengambil kira sektor.
- Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
- KWSP akan melakukan pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang sedang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.
- Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak sahaja akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang daripada RM4,000, had pekerja 500
- Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
- Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk untuk tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
Sebarkan artikel ini dan Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.