Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akhirnya telah menyediakan pelbagai kemudahan yang akan memberi lebih fokus kepada golongan B40, calon SPM serta calon STPM.
Antara kemudahan yang telah ditawarkan adalah pakej langganan khas bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Namun begitu, terdapat dalam Pakej Bantuan Permai yang diumumkan semalam, pakej langganan khas tersebut akan diperluaskan lagi bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Laman Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda tentang maklumat lanjut pakej langganan khas yang ditawarkan untuk calon SPM, STPM dan pelajar IPT.
BACA INFO BANTUAN LAIN: [BPR] : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021
PAKEJ TELEKOMUNIKASI KHAS
Pakej telekomunikasi khas yang diumumkan dan diperluas itu adalah melibatkan:
- Calon SPM
- Calon STPM
- Pelajar IPT
Kepada semua orang yang bukan dari kategori di atas adalah layak untuk anda terima data 1GB PERCUMA yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui Permai.
TAWARAN PAKEJ DATA KHAS
Dalam inisiatif tersebut, pakej yang ditawarkan bagi pelan data internet adalah seperti berikut:
- RM20 sebulan dengan kuota 15GB
BACA INFO BANTUAN LAIN: PERMAI: Pembayaran Pendahuluan i-Sinar KWSP Kategori 2 Sehingga RM1,000
LANGGANAN PAKEJ TELEKOMUNIKASI KHAS
Pakej data khas yang ditawarkan boleh di langgan oleh individu yang layak sehingga 30 April 2021 melalui syarikat telco yang terlibat sahaja iaitu Celcom, Digi, Maxis, TM dan U mobile.
Langganan pakej data khas yang ditawarkan boleh dibuat melalui telco masing-masing di pautan yang disediakan:
Pakej Data Khas ini akan disediakan sehingga pada hujung April 2021 dengan harapan dapat mengurangkan beban seorang pengguna tersebut dalam meneruskan pembelajaran secara dalam talian. Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.