PERMAI: GKP Tambahan / Bantuan Sebanyak RM500 & RM1,000

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252817%2529

image

JANUARI 2021 – Perdana Menteri sudah pun mengumumkan berkenaan dengan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) dalam perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi serta Rakyat Malaysia (PERMAI)

Apakah itu GKP Tambahan?

GKP tambahan ini adalah sebuah bantuan kewangan yang dibayar secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0).

Hal ini bertujuan bagi mengurangkan beban penerima semasa pandemik ini berlaku.



Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan tersebut akan bakal diterima oleh pemohon adalah sebanyak RM500 & RM1,000. Kepada penerima yang berada di negeri PKP akan dibayar secara one-off sebanyak RM1,000 manakala kepada penerima yang berada di negeri lain pula akan di bayar sebanyak RM500.

Syarat Kelayakan

Tiada syarat kelayakan yang diperlukan untuk layak dalam menerima bantuan ini. Hal ini demikian kerana GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima GKP1.0, GKP 2.0 dan juga GKP Rayuan.

Syarat-syarat kelayakan tersebut adalah berbeza dengan syarat kelayakan GKP sebelum ini. Sila ikuti perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa berkenaan dengan syarat-syarat kelayakan tersebut di bawah:

– Warganegara Malaysia
– Mempunyai jumlah perolehon tahunan kurang dari RM300,000
– Tidak pernah memohon / tidak pernah menerima GKP 1.0
– Terbuka kepada pemohon lama atau baru yang tidak menerima GKP 1.0
– Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 1 September 2020
– Masih aktif menjalankan perniagaan
– Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF


Cara Permohonan

Tiada permohonan yang diperlukan untuk GKP Tambahan PERMAI.


Cara Pembayaran

Pembayaran RM500 dan juga sebanyak RM1000 tersebut akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak sebelum ini sahaja.

Leave a Comment