Pengurangan Kompaun Trafik 50% Sehingga september 2024

Pengurangan Kompaun Trafik 50%. Untuk pengetahuan anda, pihak MBJB telah mengeluarkan iklan diskaun saman dan kompaun bagi kesalahan jalanraya iaitu sebanyak 50% khusus pengguna jalanraya dikawasan yang terpilih.

Ini merupakan kesalahan-kesalahan yang tertentu sahaja dan bukan semua jenis kesalahan akan diberikan diskaun saman.

BACA JUGA:———————-

—————————————-

Kesalahan Yang Diberikan Diskaun Kompaun Sebanyak 50%

Untuk makluman, pihak MBJB telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 3 jenis kesalahan sahaja yang akan diberikan diskaun saman sebanyak 50%.

Berikut merupakan kesalahan yang akan diberikan diskaun saman :-

  1. Kesalahan yang dilakukan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah Lalulintas Jalan 1959(Kuasa yang diberikan kepada warden trafik).
  2. Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) 1981/19(Pindaan) 2004.
  3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133).
Pengurangan Kompaun Trafik 50%
Pengurangan Kompaun Trafik 50% Sehingga september 2024 6

Penerangan Bagi Setiap Kesalahan Yang Dilakukan :

Untuk memudahkan pembaca, berikut merupakan senarai kesalahan menurut akta-akta yang telah disebut di atas :

  1. Menggunakan kenderaan yang tidak berdaftar.
  2. Gagal memaklumkan kepada Ketua Pengarah / Pengarah sebarang perubahan pada pendaftaran.
  3. Gagal menukar hak milik dalam tempoh 7 hari.
  4. Gagal mempamerkan nombor pendaftaran atau nombor tidak jelas atau mengelirukan atau tidak mengikut saiz yang ditetapkan.
  5. Gagal untuk menukar alamat dalam tempoh 7 hari.
  6. Kenderaan tidak mengikut peraturan dan pembuatan yang digunakan.
  7. Menggunakan kenderaan tanpa lesen / Lesen kenderaan motor ditarik balik.
  8. Gagal memaparkan / menconteng / menukar / memusnahkan / lesen kenderaan motor atau memaparkan lesen kenderaan motor yang telah ditukar / musnah / rosak.
  9. Lesen memandu tamat tempoh.
  10. Tidak memiliki lesen memandu.
  11. Tidak mematuhi syarat lesen belajar memandu.
  12. Gagal menunjukkan lesen / tidak memberi kerjasama kepada Pegawai Penguatkuasa.
  13. Memandu di bawah umur.
  14. Melebihi had laju yang dibenarkan.
  15. Dan lain-lain.

Kaedah Pembayaran Saman/ Kompaun Trafik

Menurut dari pihak MBJB, kaedah untuk membuat pembayaran boleh dilakukan dengan dua cara. Iaitu :

  1. Secara atas talian
  2. Kaunter bayaran

Bagi pembayaran atas talian, anda boleh lakukan melalui aplikasi E-Khidmat, PBTPay atau MBJBSpot.

Bayar melalui E-Khidmat DI SINI

atau

Sila tekan ‘Muat turun sini’ untuk memuat turun aplikasi ke dalam telefon pintar anda.

Pengurangan Kompaun Trafik 50%
Pengurangan Kompaun Trafik 50% Sehingga september 2024 7
Join Channel Whatsapp LMS 1 1
Pengurangan Kompaun Trafik 50% Sehingga september 2024 8

Leave a Comment