Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online

Pendaftaran Murid Tahun 1. Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 boleh dilakukan secara online.

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 melalui permohonan online.

Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2018 – 1 Januari 2019
Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 14

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026

Tarikh-tarikh Penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025/ 2026

  • Tarikh Mula : 2 Mei 2024
  • Tarikh Tutup : 30 Jun 2024
  • Keputusan Penempatan : 1 -31 Oktober 2024
  • Tarikh Rayuan : 1-31 Disember 2024

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.

Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme.

Sekian, Terima Kasih.

Tengah Trending:

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.

Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.

Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
  16. Rujuk manual bergambar di bawah:

Panduan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Melalui IDME MOIES KPM Online

Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 & Permohonan Rayuan

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2024/2025, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023.

Rayuan akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023.

Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.

PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan https://idme.moe.gov.my/login

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 15

Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2023.

Cara Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2024/ 2025

LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar)

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 16

LANGKAH 3 – Klik Aplikasi

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 17

LANGKAH 4 – Klik Pengurusan Awam

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 18

Klik bahagian menu di bawah

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 19

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.

LANGKAH 5 – Klik Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 20

Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 21

LANGKAH 6 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.

Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2023.

Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 22
Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1
  • Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2024
  • Tarikh rayuan : 1 – 31 Oktober 2024
  • Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Oktober 2024
  • Tarikh keputusan rayuan : 1 Disember 2024

NOTA:

  • Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
  • Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

Harap maklum dan terima kasih.

Permohonan Rayuan Penukaran Sekolah

Jika ada ibu bapa / penjaga yang ingin menukar sekolah, sila buat Rayuan online dalam sistem Idme mulai 1.10.2023 hingga 31.10.2023.

Keputusan rayuan akan keluar mulai 1.12.2023 dalam sistem Idme juga.

Bagi ibu bapa/penjaga yang langsung belum mendaftar, sistem Idme masih buka lagi sehingga 14.12.2023.

Mohon ibu bapa yang belum daftarkan anak, sila daftar segera dalam sistem Idme.

Pendaftaran Murid Tahun 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 23

LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:

  • Login https://idme.moe.gov.my/login
  • Klik pengesahan penempatan
  • Cetak surat tawaran
  • Mohon RAYUAN (dlm sistem idMe)mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024.
  • Keputusan rayuan akan keluar pada bulan Disember.
Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:

Join Channel Whatsapp LMS 1
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online 24

Leave a Comment