Sebelum ini, pada belanjawan 2021 telah diumumkan bahawa subsidi bagi pembelian telefon pintar adalah sebanyak RM180, sukacita dimaklumkan bahawa subsidi ini akan ditambah baik menjadi sebanyak RM300.
Ikuti segala perkongsian
daripada kami pasukan Laporan Media Semasa berkaitan dengan maklumat yang lebih terperinci terhadap bantuan ini kepada anda.
Siapakah Yang Layak Untuk Mendapatkan Bantuan Subsidi Telefon Pintar RM300?
Menurut kepada Perdana Menteri, subsidi ini akan disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Hal ini demikian bertujuan untuk merapatkan jurang digital bagi golongan B40 dan juga untuk menyokong agenda pendigitalan negara.
Bantuan tersebut juga boleh untuk digunakan atas tujuan untuk perbelanjaan langganan internet atau pun menampung sebahagian daripada kos pembelian telefon pintar baharu.
Yang paling penting sekali adalah ia bertujuan supaya dapat membantu isi rumah yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.
Jumlah Peruntukan Subsidi Telefon Pintar RM300
Peruntukan di bawah program ini akan ditingkatkan atau pun ditambah baik kepada RM2 Billion dan program ini akan dilancarkan bermula awal Mei nanti.
Perdana Menteri juga berkata agar syarikat telekomunikasi dapat menawarkan pakej internet mampu milik serta meneruskan kuota tambahan.
Tarikh Bantuan RM300
Untuk masa sekarang, bantuan ini akan dilancarkan bermula pada awal bulan Mei 2021.
Bagaimana Untuk Melakukan Permohonan?
Buat masa ini, belum ada lagi sebarang pengumuman rasmi berkenaan dengan cara bagaimana untuk mebuat permohonan bantuan subsidi ini.
Ayuh kita sama-sama nantikan pengumumannya dalam masa yang terdekat. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan buat para pelajar sekolah yang sangat memerlukan telefon pintar untuk membuat kelas online.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.