Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan.
Beliau juga turut berkata bahawa bayaran tambahan RM500 juga akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
“Pihak kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini,” katanya semasa mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat serta Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.
Belia juga ada berkata, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar bermulai pada Jun depan ke akaun penerima tersebut.
SUMBER: sinarharian.com.my
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.