Akhirnya, seramai 8.45 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mendapatkan bayaran bantuan tersebut bermula pada 24 Februari 2021.
Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan maklumat terkini tentang Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 bagi tahun 2021.
Jumlah Bayaran BPR 2021
Isi Rumah
- 4.4 Juta Penerima
- RM300 Bagi Setiap Penerima
Individu Bujang
- 4.05 Juta Penerima
- RM150 untuk seorang
Permulaan Tarikh Pembayaran BPR 2021
Isi Rumah dan Individu Bujang
- 24 Februari 2021
- Akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank anda
Penerima Yang tidak Mempunyai Akaun Bank
- 25 Februari 2021
- Akan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima di Sabah dan Sarawak Tanpa Akaun Bank
- 1 Mac Sehingga 1 April 2021
- Pengumuman lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran BPN 2.0
Pembayaran Fasa 1 Dipercepatkan
- Bagi pembayaran fasa 1 BPR akan dibuat kepada penerima BSH 2020 serta BPN 40 yang diluluskan sebelum ini.
- Seterusnya, pembayaran fasa 1 tersebut akan dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021. Hal ini demikian bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya bagi golongan yang mudah terjejas dan pekerja yang buat masa kini bergantung kepada upah harian sahaja.
Kenyataan Media Menteri Kewangan BPR 2021
Untuk maklumat yang selanjutnya, anda boleh rujuk melalui soalan lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di laman web rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my
Sumber: mingguankerja.my
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.