Tahukah anda bahawa mySalam merupakan salah satu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma daripada kerajaan yang telah memberikan perlindungan takaful terhadap individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam tersebut.
Kelayakan untuk menerima Bantuan mySalam
MySalam hanya layak di terima oleh:
1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):
– individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
– individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
– individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada Rm24,000 setahun
2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):
– Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
BACA JUGA: i-Lestari: Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP akan dikreditkan awal bulan Februari 2021 ~ Semak Segera!
Kebaikan skim mySalam
Pembayran secara tunai sebanyak RM8,000 akan di bayar sekali apabila di diagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Bagi pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian pula sebanyak RM50 sehingga 14 hari ataupun maksimum sebanyak RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera serta hospital universiti.
BACA JUGA: BPR: Kadar Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Yang Dibayar Pada Penghujung Februari 2021
Cara mudah untuk menyemak kelayakan untuk menerima skim mySalam
1. Layari www.mysalam.com.my
2. Masukkan kad pengenalan anda tanpa (-) dan klik “Semak”
3. Notifikasi di bawah kotak akan menunjukkan bahawa sama ada anda “LAYAK” ataupun “TIDAK LAYAK”
Cara mudah untuk menuntut bantuan skim my Salam sekiranya anda layak
Tuntutan melalui dari atas talian
1. Layari portal rasmi http://www.mysalam.com.my/b40/public/
2. Sila daftarkan diri anda untuk pertama kali dahulu, kemudian tekan “LOG MASUK KALI PERTAMA” dan ikuti langkah yang diarahkan.
3. Sekiranya anda sudah pernah mendaftar, anda akan diminta untuk melakukan pengesahan no.telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila telefon talian bantuan segera. Pegewai bertuga akan bantu anda untuk reset password dan tetapkan password baru untuk anda di log masuk.
4. Kemaskini profile anda sebelum langkah seterusnya.
5. KLIK mengikut urutan seperti berikut;
– TUNTUTAN
– PENTERAHAN TUNTUTAN
– TUNTUTAN HOSPITALISASI
– MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN
– PILIH NON-PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL)
– MUAT NAIK COPY IC
– MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17
6. KLIK “HANTAR”
BACA JUGA: i-Sinar: Tempoh Yang Diambil Bagi Kelulusan & Duit Masuk Untuk Permohonan Baru i-Sinar
Tuntutan di kiosk berdekatan
1. Boleh pergi ke mana-mana kiosk MYSalam
2. Bawa salinan kad pengenalan dan borang Annex 14&17
3. Serahkan dokumen tersebut kepada pegawai bertugas
Jika anda mempunyai sebarang persoalaan lanjut, sila hubungi no tel mySalam seperti di bawah berikut;
TALIAN BANTUAN
Telefon : 1-300-88-8938
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.