Malaysia berpotensi untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi seawal 2024

Malaysia%2Bberpotensi%2Buntuk%2Bmenjadi%2Bnegara%2Byang%2Bberpendapatan%2Btinggi%2Bseawal%2B2024

image

Malaysia akan dijangka beralih kepada ekonomi yang erpendapatan tinggi seawal 2024, disokong dengan trajektori pembangunan tranformasi ekonomi yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bahawa menurut Bank Dunia, untuk mencapai sasaran itu, Malaysia perlulah melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan ekonomi menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan juga mengekalkan pertumbuhan saksama menjangkaui pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pihak kerajaan komited untuk terus menilai kualiti, keterangkuman dan juga kesinambungan pertumbuhan Malaysia pada masa depan bagi mencapai status negara yang berpendapatan tinggi dalam tempoh masa 5 tahun akan datang.

“Malaysia membina asa yang terbaik tetapi kami juga menyedari keperluan untuk menyuntik lebih banyak lagi pelaburan di dalam pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi agar dapat membantu mewujudkan peluang ekonomi yang lebih besar.



“Negara juga perlu melabur di dalam pembentukan generasi yang akan datang bagi produktiviti tinggi termasuklah juga dasar dan pertumbuhan sektor swasta yang diterajui inovasi.

Seterusnya, “dalam laporan Bank Dunia, Malaysia berkemungkinan beralih kepada ekonomi yang berpendapatan tinggi antara pada tahun 2024 sehingga 2028. Namun yang sedemikian, untuk mencapainya, kita perlu menyertai pencapaian ekonomi utama dan maju lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Bank Dunia : Aiming Higih – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development secara maya, hari ini.

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Naib Presiden Serantau World Bank Group, Victoria Kwakwa.

Berdasarkan kepada Laporan Bank Dunia : Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia berada pada AS$11,200, kurang hanya AS$1,335 daripada tahap ambang semasa yang menentukan peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Seterusnya, menurut Bank Dunia, kemajuan ke paras tahap ambang menjadi perlahan susulan kesan daripada COVID-19, namun Malaysia berpeluang melaksanakan reformasi jelas untuk mengekalkan pertumbuhan masa depan. Oleh itu, Tengku Zafrul berkata, inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan juga dilihat mampu memastikan pertumbuhan yang berterusan menerusi strategi ekonomi dalam memanfaatkan peluang ekonomi pasca COVID-19.

“Malaysia juga akan kembali ke landasan yang lebih tepat untuk mencapai status negara yang berpendapatan tinggi dalam lima tahun akan datang, termasuklah juga untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) menjelang 2030,” katanya.

Menuju ke hadapan, beliau menjelaskan, Malaysia perlu mewujudkan landasan baharu bagi mencapai pertumbuhan lebih kepada berintensifkan pengetahuan dan pertumbuhan dipacu produktiviti. “Saya menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak hanya mahu menjadikan negara yang ekonominya berpendapatan tinggi, malah ia akan membabitkan pembaharuan yang sangat bermakna dalam taraf hidup.

“Dalam erti kata lain pula, adalah penting untuk menilai kembali bukan sekadar membabitkan kepantasan pertumbuhan Malaysia, tetapi juga merangkumi kualiti, keterangkuman dan kesinambungan,” katanya. Sementara itu, Mustapa berkata, walaupun kerajaan ketika ini memberi tumpuan kepada usaha bangkit dari pandemik dan menghidupkan semula ekonomi, negara juga memerlukan rancangan pembangunan dan kemajuan ekonomi untuk tempoh jangka panjang.

Sehubungan itu, katanya, rancangan pembangunan sosioekonomi lima tahun adalah mustahak bagi menetapkan hala tuju strategi lebih jelas dan meletakkan ekonomi Malaysia pada asas lebih kukuh.

“Ketika kita berhasrat untuk bergabung dengan barisan ekonomi berpendapatan tinggi dan maju di dunia, Malaysia juga perlu bersaing di peringkat global.

“Jadi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bukan sekadar sambungan daripada rancangan sebelum ini tetapi kesinambungan dengan cara baharu untuk melaksanakan sesuatu untuk menjadikan Malaysia Sejahtera, Inklusif dan Lestari.

“Ia menetapkan agenda pembaharuan dalam beberapa bidang utama termasuk memperkukuhkan asas dan ketahanan ekonomi makro; ‘meremajakan’ ekonomi untuk mengembalikan momentum pertumbuhan; mendorong pemacu pertumbuhan yang berpotensi untuk negara teknologi tinggi; mengembangkan bakat masa depan; mencapai pertumbuhan yang mampan dan hijau; serta strategi pelaburan infrastruktur,” katanya.

SUMBER

Leave a Comment