Lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan telah mengembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.
Berita itu disahkan beberapa media sukan antarabangsa termasuklah ESPN Argentina, Football Espana, Clarin dan lain-lain.
Dilaporkan, Maradona sebelum ini telah menghidapi masalah serangan pernafasan kardio serta keadaan kesihatannya didapati sangat merosot.
Keadaan itu menyebabkan Maradona terpaksa menerima rawatan di hospital sejak awal bulan ini bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otaknya.
Media melaporkan bahawa pembedahan tersebut berjaya, walaubagaimanapun seminggu selepas ia ‘pulih’, keadaannya kembali merosot sekali lagi…
Pemergian seorang lagenda ‘tangan tuhan’ ini ditangisi hampir segenap peminat bola sepak di seluruh dunia.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.