KWSP ingin memohon maaf berkenaan masalah teknikal pada paparan status permohonan i-Sinar Online.

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%25288%2529


image

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tengah malam semalam mengumumkan bahawa pihaknya menghadapi masalah teknikal yang berhubung dengan paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Hal ini demikian, kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar bagi Kategori 2 telah dilaporkan lulus selepas pemohon melakukan semakan pada Ahad malam.


Seterusnya dengan menerusi kenyataan ringkas yang telah dimuat naik di laman Facebook KWSP tengah malam Ahad itu, pihak tersebut memohon maaf atas kesulitan serta masalah yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar Online.


Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8:00 PAGI pada 8 FEBRUARI 2021. Segala kesulitan amat kami kesali.”

BACA JUGA:
1. 
i-Sinar KWSP: Tarikh Semakan Status Bagi Kelulusan i-Sinar Kategori 2

2. i-Sinar: Tempoh Yang Diambil Bagi Kelulusan & Duit Masuk Untuk Permohonan Baru i-Sinar

3. i-SINAR: Penjelasan Maksud Setiap Warna Pada Status Permohonan I-Sinar Anda

KWSP
Semakan Status pada portal rasmi KWSP tersebut mendapati bahawa perkhidmatan semakan i-Sinar tergendala buat sementara waktu ini kerana mengalami sedikit masalah teknikal tersebut. 

Pihak KWSP sedang berusaha untuk menyelesaikan segala masalah kesulitan yang berlaku dan ahli boleh menyemak semula status permohonan pada 8 FEBRUARI 2021 bermula 8:00 PAGI.

Dapatkan info bantuan terkini di channel telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa

Semoga anda di harap boleh bersabar dan doakan yang baik-baik untuk pihak KWSP agar segerakan masalah ini dengan lebih cepat.

Leave a Comment