JKM 2021: Permohonan Bantuan Warga Emas Sebanyak RM500

PERMOHONAN%2BBANTUAN%2BWARGA%2BEMAS

Bagi bantuan warga emas di Malaysia diaturkan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tujuan dan hala tuju bantuan ini untuk diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Di Malaysian, takrifan orang tua atau warga emas yang digunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun yang dihasilkan di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
Permohonan Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian. Pemohon boleh ikuti cara-cara yang dikongsikan di bawah ini :


1. Layari pautan rasmi = klik link ini http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Klik butang ‘Daftar Permohonan’.
3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no. kad pengenalan.
4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’.
5. Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
6. Bawa dokumen yang diperlukan.

bntuan wrga emas

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan kebajikan Masyarakat adalah :


1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
3. Salinan Sijil Kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
4. Salinan Penyata gaji (jika ada )
5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.


Syarat Kelayakan Bagi Memohon

bntuan w.emas

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan warga emas tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
2. Orang tuan atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa
4. Warga emas yang bukan tinggal di :
    i) Institusi kendalian JKM
    ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPM.


Soalan Lazim

Adakah warga emas yang bukan warganegara boleh memohon bantuan ini.
– Tidak. bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

Jika saya berumur 61 tahun, adakah saya layak untuk memohon bantuan warga emas ?
– Boleh, anda layak memohon. Namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan kebajikan masyarakat.

Jika saya telah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat bagi menyerahkan dokumen, adkah permohonan saya akan diterima?
– Permohonan tidak akan diterima atau dibatalkan. Pemohon hendaklah menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Bagaimanakah untuk memohon bantuan warga emas ?
– Anda boleh memohon terus ke pautan yang disediakan dalam artikel dan kepada pemohon yang telah mendaftar hendaklah ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan


Sumber: rakyatnews.my

Leave a Comment