Kepada pemohon i-Lestari, terdapat sedikit perubahan untuk pembayaran i-Lestari yang telah dikongsikan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perubahan tersebut adalah berkenaan dengan pembayaran untuk bulan Mac dan April. Untuk makluman anda semua bahawa pembayaran i-Lestari tersebut akan bermula pada awal bulan ini.
Mengapa i-Lestari Dikreditkan Awal?
Hal ini disebabkan kriteria i-Sinar yang telah pun dimansuhkan dengan tanpa syarat, jadual pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac dan April ini juga telah berubah.
Pembayaran tersebut bagi bulan Mac akan diawalkan kepada 19 Februari lalu lagi.
Jadual Pembayaran i-Lestari bagi Bulan Mac & April
Perubahan Pada Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kepada jadual tersebut, pembayaran bagi bulan Februari sepatutnya telah bermula pada tarikh 2 sehingga 15 Februari yang lalu lagi.
Bagi pembayaran i-Lestari pula untuk bulan ketiga sepatutnya bermula pada 1 sehingga 10 Mac 2021.
Hal ini yang sedemikian disebabkan oleh perubahan tarikh pembayaran yang telah dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari bulan Mac akan bermula pada tarikh tersebut:
– 19 Februari 2021
– Penerima akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu Pembayaran untuk bulan Februari dan Mac
– Sekiranya anda batch pertama i-Lestari, anda akan menerima bayaran pada 19 Februari dan seterusnya dengan mengikut batch masing-masing.
Adakah Pembayaran i-Lestari bagi Bulan April Juga Akan Diawalkan?
YA, pembayaran bagi i-Lestari bulan April yang sudah dijadulakan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.
Cara Untuk Semak Baki & Transaksi Bayaran i-Lestari KWSP
Kepada ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki dan juga transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti yang berikut:
– Login i-Akaun
– Pilih Withdarawal / Pengeluaran
– Pilih Withdrawal History
Cara Untuk Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP
– Semakan status boleh dilakukan secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
– Klik pada tab “SEMAK STATUS”
– Masukkan nombor kad pengenalan anda serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
– Klik pada kotak ‘SAYA BUKAN ROBOT’ dan seterusnya klik pada butang SEMAK.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyan selanjutnya yang berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.