Pihak kerajaan akan merangka langkah-langkah tambahan dalam masa yang terdekat. Hal ini demikian adalah untuk menyediakan bantuan tersebut secara bersasar kepada kumpulan renta, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Cara Tambahan Bantuan Secara Bersasar Kepada Kumpulan Rentan
Dalam situasi yang sebegini, beliau berkata, cara ini akan membabitkan terutamanya kepada golongan miskin dan juga yang mengalami kehilangan pendapatan. Seterusnya, selain usaha bagi meningkatkan sokongan kepada perniagaan khususnyanya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan juga perniagaan yang dalam proses untuk pembukaan semula pasca – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Berdasarkan dari segi aspek ekonomi pula, kerajaan juga memperkenalkan 4 pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 billion dan juga 1 pakej yang bernilai Rm15 billion. Ini belum lagi mengambil kira Belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia bernilai RM322.5 billion.
Bukti Kesungguhan Kerajaan Menjaga Kebajikan Rakyat
“Seperti apa yang kita lihat, semua ini adalah bukti kesungguhan daripada pihak keraaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjamin serta memulihkan kelembapan ekonomi negara yang dihadapi oleh pandemik di mana yang pandemik tersebut sedang melanda dunia pada hari ini,” katanya dalam laporan ke-43 Unit Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) yang dikeluarkan pada hari Khamis.
Beliau juga ada berkata bahawa minggu ini seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan genap setahun kerajaan pentadbiran Perikatan Nasional dibentuk.
Seterusnya, sepanjang tempoh ini, negara mengalami krisis yang tidak pernah lagi dihadapi sebelum ini, iaitu pandemik covid-19, katanya.
“Penularan pandemik ini bukan sahaja mengakibatkan krisis kesihatan malah pandemik ini juga mengakibatkan krisis ekonomi juga. Oleh itu, sebagai pihak kerajaan yang prihatin, cabaran utama kita dalam menguruskan krisis tersebut ialah mengimbangi antara nyawa rakyat dengan kelangsungan hidup,” katanya.
Pembayaran i-Sinar Bermula 2 Mac Lalu Secara Berperingkat
Mengenai inisiatif i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan yang dilakukan sebelum 25 Februari akan diberikan kelulusan secara berperingkat dan juga bayaran tersebut akan dibuat bermula pada 2 Mac lalu.
“Hal ini membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan juga yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat,” katanya.
Tarikh Semakan Pemansuhan Baharu & Pemansuhan Kriteria, 8 Mac 2021
“Saya amat yakin perkembangan ini sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan diharapkan kemudahan i-Sinar ini akan dapat meringankan beban yang di tanggung,” katanya.
SUMBER: mingguankerja.my
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.