i-Sinar: Syarat & Kriteria Terhadap Pengeluaran i-Sinar bagi Kategori 2 Akan Ditambah baik

i Sinar %2Bsyarat%2B%2526%2Bkriteria%2Bterhadap%2BPengeluaran%2Bi Sinar%2Bbagi%2BKategori%2B2%2BAkan%2BDitambah%2Bbaik

image

KUALA LUMPUR: Ketahuilah bahawa kerajaan akan menambah baik kriteria serta syarat-syarat pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2.


Pihak Kerajaan Sentiasa Lebih Peka Terhadap Keluhan Serta Isi Hati Rakyat

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihak kerajaan akan lebih peka terhadap keluhan serta isi hati rakyat dengan perbagai inisiatif yang akan datang seperti i-Sinar.

“Suara anda sebagai rakyat didengari dan penambahbaikan akan dilakukan dengan segera,” katanya dala satu hantaran di Facebook, hari ini.



i-Sinar Kategori 1

Kemudahan pada i-Sinar untuk kali pertama yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan dibukakan terhadap ahli yang telah kehilangan pekerjaan sahaja.

Seterusnya, pihak tersebut akan membuka kategori baharu yang akan membenarkan ahli yang belum mencapai pada umur 55 tahun menghadapi ataupun mengalami pengurangan pendapatan secara keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas termasuklah dengan jumlah gaji, elaun serta elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020 agar mereka dapat mengeuarkan wang daripada Akaun 1 mereka sendiri.

i-Sinar dan i-Lestari adalah Dua Permohonan Yang Berbeza

Di dalam satu kenyataan KWSP tersebut yang berhubung dengan keputusannya tidak memberikan kelulusan automatik i-Sinar bagi mereka yang memohon i-Lestari sebelum ini berkata, situasi ketika pihak tersebut melancarkan i-Lestari dan i-Sinar adalah sangat berbeza.


Terhadap aktiviti ekonomi, katanya terhenti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak Mac 2020, sebelum segala sektor ekonomi dibuka semula dan sebahagian besar pekerja kembali bekerja serta mencarum semula dengan KWSP.



i-Sinar Sedia Membantu Ahli yang Terjejas Ekonominya

Walaubagaimanapun, KWSP memahami situasi ekonomi sangat berbeza pada setiap ahli serta bergantung terhadap sektor pekerjaan dan industri masing-masing.

Hal ini demikian i-Sinar tersedia untuk membantu terhadap ahli-ahli yang terbabit.

Sebelum ini KWSP juga telah menyatakan berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), pelaburannya terbukti mampu bertahan sejauh ini walaupun menghadapi segala jenis cabaran yang sangat unik dihadapi pasaran ketika ekonomi sangat lembab.

Katanya, ia akan meneruskan untuk mempelbagaikan pelaburannya dalam pasaran domestik sertak global dengan mempertimbangkan keperluan aliran tunai yang mencukupi bagi setiap waktu, termasuklah waktu yang melampau serta tidak diduga seperti wabak ini.

Pada asasnya, KWSP ialah salah satu pelaburan jangka masa panjang dan setiap keputusan pelaburan dibuat akan diteruskan untuk mempertimbangkan tanggungjawab agar dapat mengekalkan dana anggota, walaupun di dalam situasi yang belum pernah terjadi seperti wabak pada masa kini.

Akhirnya pada masa ini serta berpandukan terhadap struktur i-Sinar yang sedia ada, semua tindakan KWSP akan memastikan tiada kesan terhadap pasaran domestik.

Leave a Comment