Pada masa kini, orang ramai tidak perlu lagi risau kerana semua Ahli akan diberikan hak untuk melakukan pengeluaran simpanan dari Akaun 1 KWSP masing-masing walaupun kepada yang tidak terjejas pendapatan juga boleh melakukan pengeluaran.
Hal ini yang sedemikian kerana tiada lagi syarat yang akan dikenakan kepada setiap permohonan i-Sinar seperti yang dinyatakan sebelum ini. Semua individu yang telah pun melakukan permohonan sebelum ini juga akan diberikan KELULUSAN secara AUTOMATIK.
Justeru itu, masih ada lagi beberapa persoalan yang terngiang-ngiang di dalam fikiran orang ramai berkenaan isu i-Sinar yang menjadi tanda tanya.
BACA JUGA: i-Sinar: Pemohon yang sedia ada akan diluluskan secara automatik ~ Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat
Eiza Nas, seorang pengguna Facebook tersebut telah pun menghubungi pihak KWSP untuk mendapatkan keterangan serta kepastian berkenaan dengan isu i-Sinar yang orang ramai masih lagi keliru tentang beberapa hal-hal tersebut. Antara persoalan tersebut adalah seperti yang berikut:
1. Status masih lagi di dalam proses
2. Kepada yang salah amaun
3. Kepada pemohon yang tidak menyertakan sebarang dokumen
Mengapakah status anda masih lagi di dalam proses?
Dalam hal ini, kepada sesiapa sahaja pun yang statusnya masih lagi di dalam proses. Maknanya sebelum ini pihak KWSP dapat detect tiada potongan 30% itu, tetapi jangan risau kerana pihak KWSP akan luluskan semua permohonan anda tanpa syarat dan semakan untuk tarikh pembayaran boleh dilakukan pada 8 MAC 2021.
Benarkah boleh tukar Amaun Pengeluaran?
Seperti apa yang telah dimaklumkan bahawa untuk setakat ini sahaja pihak KWSP masih belum mengeluarkan apa-apa arahan bagi penukaran amaun yang telah tersilap ataupun ada penambahan. Hal ini demikian, pihak KWSP akan memaklumkan kepada anda dari masa ke semasa. Info tersebut akan dimaklumkan melalui laman portal RASMI KWSP ataupun laman Facebook KWSP.
Kepada pemohon yang tidak menyertakan sebarang dokumen?
Kepada Ahli yang melakukan permohonan tetapi tidak menyertakan apa-apa dokumen ataupun dokumen anda tidak lengkap, pihak KWSP memaklumkan bahawa pihak KWSP tersebut tidak lagi akan melihat dokumen yang disertakan ataupun dokumen yang tidak lengkap. Hal ini demikian kerana semua ahli yang melakukan permohonan tersebut akan diluluskan.
Walaubagaimanapun, diharapkan semua untuk bersabar dan teruskan menunggu bagi bayaran masing-masing diterima. Pengagihan i-Sinar sedikit terganggu mungkin disebabkan terlalu ramai ahli yang melakukan permohonan dan pengagihan i-Sinar ini akan dilangsungkan secara berperingkat.
Untuk maklumat yang selanjutnya ataupun anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar, anda boleh terus ke cawangan KWSP yang berdekatan ataupun hubungi talian hotline i-Sinar 03-8922 4848
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.