i-Sinar: Permohonan Baharu i-Sinar KWSP Dibuka Sehingga 30 JUN 2021

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252830%2529

image

Dapatkan info bantuan kerajaan di channel Telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa

Berita gembira pada baru-baru ini, kepada mereka yang tidak sempat untuk melakukan permohonan i-SInar KWSP yang sebelum ini. Kini, anda sekarang boleh untuk melakukan permohonan baharu i-Sinar KWSP tanpa syarat sehingga 30 JUN ini.

Permohonan ini adalah terbuka kepada sesiapa yang belum pernah membuat permohonan atau pengeluaran i-Sinar KWSP.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan panduan terkini untuk melakukan permohonan baharu.


image

Apakah perkara yang penting saya perlu lakukan sebelum melakukan permohonan i-Sinar?

1. Untuk melancarkan urusan permohonan pada masa akan datang, anda lebih digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP serta juga mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau pun portal i-Akaun.

2. Sila pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran dilakukan:

– masih aktif
– hak milik anda
– bukan akaun bersama
– bukan akaun syarikat

Panduan Permohonan Baharu i-Sinar KWSP

1. Layari portal i-Sinar KWSP dan pilih PERMOHONAN BAHARU

2. Sila isi Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit anda

3. Tekan ‘TERUSKAN”

4. Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan ATAU

5. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui sms dan tekan SAHKAN OTP

6. Tetapkan Amaun Pilihan

7. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan “TERUSKAN

8. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib isi

9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan “TERUSKAN

10. Semak semula semua maklumat dan tandakan setuju sebelum tekan HANTAR

11. Permohonan anda DITERIMA dan akan DIPROSES

Cara Permohonan Baharu i-Sinar Dikeluarkan Oleh KWSP


image

Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat Baharu

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 JUN 2021.

image

Soalan Lazim Berkenaan Permohonan Baharu Yang Wajib Anda Tahu

1. Adakah bayaran interim sebanyak RM1000 masih dibayar?

Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.

2. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?

Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 3.

3. Adakah saya perlu mengemukakan bukti pengurangan pendapatan untuk memohon i-Sinar tanpa kriteria?

Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini.

4. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Sedang Diproses’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?

Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.

5. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan memerlukan saya untuk ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’. Adakah saya perlu memuat naik dokumen yang diperlukan?

Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan sekeluarga.

Leave a Comment