Dalam masa yang terkini ini, Ahli KWSP yang layak masih boleh kemukakan permohonan pengeluaran akaun 1 melalui program i-Sinar kerana permohonan i-Sinar kategori 1 dan 2 dibuka sehingga Jun 2021. Sudah pasti ramai yang telah membuat permohonan program i-Sinar sejak permohonan dibuka kan?
Dapatkan info Terkini Di Channel Telegram Rasmi Laporan Media Semasa: https://t.me/laporanmediasemasa
Kepada pemohon yang telah melakukan sebarang permohonan dan masih menunggu status permohonan anda, anda diharapkan agar bersabar untuk menunggu keputusan status anda. Setiap status permohonan yang keluar pasti akan keluar dengan warna-warna yang tertentu. Hal yang sebenarnya dalam warna setiap status itu membawa makna dan maksud yang tersendiri.
Ikuti perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa di bawah untuk ketahui penjelasan tentang maksud warna status permohonan i-Sinar yang dipaparkan.
MAKNA WARNA STATUS i-SINAR
1. Hijau: Permohonan Anda Telah Diluluskan
Status ini menjelaskan bahawa permohonan anda telah LULUS. Dalam hal ini, anda langsung tidak perlu bimbang mengenai permohonan anda dan apa yang anda perlu buat adalah hanya menunggu pembayaran dibuat seperti yang dinyatakan dalam status anda tersebut.
Seperti yang telah dimaklumkan bahawa semua pemohon i-Sinar yang masih menunggu keputusan kelulusan terhadap program i-Sinar akan terima bayaran interim sebanyak RM1,000 iaitu bayaran pendahuluan walaupun keputusan kelulusan permohonan anda masih belum ditentukan.
Jika anda menerima status permohonan berwarna biru, anda akan menerima bayaran interim sebanyak RM1000 dahulu sambil menunggu keputusan kelulusan permohonan anda tersebut. Anda perlu melakukan semakan semula status permohonan anda selepas 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
3. Merah: Permohonan Anda Belum Dapat Diproses Sepenuhnya
Dukacita dimaklumkan bahawa mungkin permohonan anda mengalami sebarang masalah dari segi syarat kelayakan ataupun sebagainya. Anda diminta untuk menghubungi talian hotline khas i-Sinar di 03 8922 untuk maklumat selanjutnya.
Penerima terhadap status ini tidak lulus untuk bayaran interim serta permohonan juga tidak akan diluluskan.
4. Ungu: Permohonan Anda Sedang Diproses
Kepada penerima status berwarna ungu pula, anda perlu tahu bahawa permohonan anda TIDAK DILULUSKAN. Namun yang sedemikian, anda masih layak untuk menerima bayaran Interim berjumlah RM1,000 yang ditolak daripada baki Akaun 1 KWSP anda tersebut.
Adakah anda sudah melakukan semakan status semasa anda? Bagi yang belum menyemak status permohonan i-Sinar, anda boleh buat SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR sekarang untuk tahu apakah warna status anda!
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.