i-Sinar: Pembayaran Bagi Kategori 1 ~ Bulan Mac Bermula Pada 22 Februari 2021

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252813%2529

image

Untuk pengetahuan anda semua bahawa pembayaran i-Sinar bagi Kategori 1 untuk bulan Januari dan juga untuk bulan Februari dilakukan pada awal bulan. Sebagai contohnya, ia bermula pada 3 Februari lalu.

Hal ini demikian bagi pembayaran i-Sinar Kategori 1 turut diawalkan sama seperti dengan i-Lestari bagi memberi ruang kepada kelulusan tanpa syarat i-Sinar Kategori 2.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan perubahan jadual pembayaran i-Sinar Kategori 1. Berikut ikuti perkongsian kami di bawah:

Perubahan jadual pembayaran i-Sinar bagi Kategori 1 untuk Bulan Mac dan juga seterusnya

Pembayaran i-Sinar untuk bulan Februari telah pun bermula pada 3 Februari lalu dan hampir semua penerima telah pun dikreditkan masuk ke dalam bank.

Seterusnya, bagi pembayaran i-Sinar Kategori 1 dalam bulan 3 ini sepatutnya bermula pada 3 Mac iaitu pada bulan hadapan tetapi ini disebabkan kelulusan tanpa syarat yang tidak lama lagi akan bermula pada 8 Mac bulan hadapan. Oleh sebab itu KWSP telah awalkan bagi pembayaran untuk bulan Mac.



Hal ini yang sedemikian, pembayaran i-Sinar untuk bulan Mac akan bermula pada

  • 22 Februari (Isnin)
  • Ini bermaksud anda akan menerima sebanyak 2 kali pembayaran i-Sinar pada bulan Februari (Pembayaran Februari dan Mac)
  • Pembayaran pula akan mengikut kumpulan ataupun batch di mana sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran pada bulan Mac yang mana akan bermula pada 22 Februari dan seterusnya mengikuti batch anda.

Sekiranya tiada lagi sebarang perubahan selepas ini, maka secara kesimpulannya bagi pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan April juga akan bermula pada 22 Mac hadapan.

BACA JUGA: 
1. 
i-Sinar: (Jadual Pembayaran i-Sinar) Langkah Mudah Untuk Semak Tarikh Pembayaran i-Sinar Masuk Bank
2. i-Sinar: Permohonan Status i-Sinar Anda Masih Dalam Proses? ~ Sila buat Semakan Tarikh Bayaran Bermulai 8 Mac
3. i-Sinar: Pemohon yang sedia ada akan diluluskan secara automatik ~ Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat 

Maklumat yang anda perlu tahu

Pembayaran Berjaya Kredit

  • Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun si penerima.

Pembayaran Gagal Kredit

  • Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke dalam akaun si penerima disebabkan nombor akaun salah ataupun bank akaun anda tidak aktif. Sekiranya hal ini berlaku kepada anda, anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.

Leave a Comment