Berdasarkan daripada seorang ahli di mana telah menghubungi KWSP, ini adalah salah satu kaedah yang telah diberikan tunjuk ajar daripada salah seorang kakitangan KWSP bagi melakukan pindaan atau pun mengubah amaun i-Sinar untuk yang tersilap.
Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai cara untuk tukar jumlah pengeluaran i-Sinar secara online melalui i-Akaun untuk panduan bersama. Sila ikuti perkongsian kami di bawah.
Cara Tukar Jumlah Pengeluaran i-Sinar Secara Online
1. Sila login i-Akaun KWSP anda
2. Klik ENQUIRY
3. Kemudian klik i-Sinar
4. Sila isi segala butiran dengan lengkap
5. Pada bahagian DETAILS, masukkan alasan / sebab nak tukar amaun i-Sinar
6. Pilih EMAIL atau PHONE CALL untuk mendapat makum balas
7. Tekan SUBMIT setelah semua maklumat diisikan dan disemak
8. SELESAI
*Sebelum anda menekan SUBMIT, sila semak balik supaya tiada lagi kesalahan/kesilapan berlaku dan pastikan semua ruang yang diperlukan telah di isi. Selepas anda SUBMIT, anda tidak lagi dapat untuk mengemaskini ataupun mengubah lagi.
Selepas anda login i-Akaun anda, sila klik bahagian ENQUIRY
Kemudian klik i-Sinar
Kemudian, sila masukkan alasan/sebab kenapa anda ingin tukar amaun i-Sinar di bahagian DETAILS.
Selepas itu, isikan maklumat anda.
Sila double check maklumat yang telah anda isikan sebelum SUBMIT.
Akhir sekali, tekan butang SUBMIT.
Selepas anda SUBMIT, anda boleh print/cetak maklumat yang anda lakukan sebentar tadi sebagai rujukan.
Maklumat Selanjutnya
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi hotline rasmi i-Sinar di 03-8922 4848
Waktu beroperasi
– Isnin sehingga Jumaat
– 8:00 a.m – 8:00 p.m
Kongsikan artikel ini kepada yang memerlukan info cara untuk menukar jumlah pengeluaran i-Sinar ataupun tersilap meletakkan jumlah i-Sinar.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.