Duit KWSP kerja kilang habis dikorek – Penyanyi, Amelina

Amelina%2Bbersama%2BPuteri%2BAishah%2Bketika%2Bmembintangi%2Bdrama%2BRahimah%2BTanpa%2BRahim.%2B %2BFoto%2BIG%2BAmelina%2B%25281%2529

NEW%2BLMS


Amelina berkata, dia percaya bahawa golongan anak muda seni turut merasakan perkara yang sama.

“Menghiburkan para penonton merupakan satu tanggungjawab. Sejujurnya, saya lagi sedih kerana tak dapat berbuat sedemikian. Saya berasa rindu nak dengar peminat sebut dan sorak nama apabila tampil di atas pentas.

“Sebenarnya, di situlah menjadi satu kepuasan saya sebagai penyanyi apabila melihat peminat gembira. Sebenarnya, ramai orang beranggapan penyanyi sentiasa bergembira, tetapi mereka tidak tahu apa yang terjadi di sebalik tirai pentas tersebut.

“Ketika bersedih pun terpaksa menghiburkan orang ramai. Jadi, apabila kurang menghiburkan peminat, rasa rindu itu mula terbit di dalam hati,” katanya kepada BH Online.

Walaubagaimanapun, Amelina berkata, dia reda dan pasrah dengan situasi COVID-19. Sekarang, dia mencuba untuk mencari platform lain bagi menghiburkan peminat.

“Kita kena cerdik dalam keadaan ini, mencari platform yang berbeza serta pada masa yang sama, cari rezeki dengan inisiatif lain.

“Saya tidak lagi menafikan 2020 memberikan impak yang sangat besar kepada pejuang seni dan tidak kurang kepada masyarakat seluruh dunia. Bagi saya, 2020 sangatlah mencabar.

“Awalnya, saya sangat takut tetapi sekarang ini, saya sudah reda. Apapun berlaku, hidup perlu diteruskan. Bukan saya sahaja, tetapi seluruh dunia juga terkesan dengan pandemik covid-19 ini.

“Kita janganlah perlu kutuk serta caci maki kerana semua orang juga terkesan dengan pandemik ini,” katanya.

Amelina%2Bbersama%2BPuteri%2BAishah%2Bketika%2Bmembintangi%2Bdrama%2BRahimah%2BTanpa%2BRahim.%2B %2BFoto%2BIG%2BAmelina

Bagi Amelina, semua orang perlulah saling bantu-membantu serta tidak menjatuhkan antara satu sama lain, sempena menyambut tahun baharu dalam situasi pandemik COVID-19 masih lagi belum berakhir.

“Ada yang mengatakan golongan artis berpendapatan tinggi, tetapi kena ingat, kami yang kerja bukan makan gaji. Semua kegiatan seni terbatas, jadi pendapatan tidak semeriah seperti dahulu.

“Saya termenung memikirkan soal ini kerasa saya langsung tidak tahu berniaga. Nak cari kerja pun usia bukanlah muda lagi, tambahan pula sekarang ramai kena buang kerja. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun tiada, jadi mana nak korek duit? Kalau ada pun duit KWSP masa kerja kilang dahulu, tetapi berapa sen lah sangat.

“Lagipun, duit KWSP kerja kilang dahulu sudah habis dikorek. Sekarang, saya hanya banyak bergantung kepada pendapatan menyanyi sahaja. Nasib baik, saya seorang yang sangat berjimat cermat, bukan yang jenis lupa diri ketika berduit. Saya jenis menyimpan,” katanya.

Bertanya mengenai pendapatannya, Amelina berasa bersyukur sangat, dia diberikan peluang berlakon ketika kegiatan nyanyian tidak dapat dijalankan lagi.

“Saya menjayakan drama 28 episod berjudul Rahimah Tanpa Rahim untuk siaran TV3, baru-baru ini. Saya diberikan watak penting daripada drama terbitan penerbit, Jalena Rejab itu.

“Selain itu, ada juga orang bertanya mengenai undangan nyanyian bagi majlis tertutup di Johor Bahru dan Sabah. Malah, saya juga mendapat undangan menjayakan sambutan Tahun Baharu, baru-baru ini, tetapi oleh sebab kes COVID-19 bertambah, program tersebut terpaksa dibatalkan.

“Namun, saya reda dan pasrah. Dalam masa yang sama, saya sentiasa berdoa agar keadaan ini segera pulih,” katanya.

Terdahulu, Amelina turut menceburi bidang perniagaan makanan dengan menjual kek Banji Mat Roll selepas kerjaya nyanyiannya tidak boleh diteruskan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.


Sumber: bharian.com.my

Leave a Comment