Datuk Seri Najib Desak Pihak KWSP Untuk Hapuskan Semua Syarat Pengeluaran i-Sinar KWSP ~ Adakah Anda Bersetuju?


DATUK%2BSERI%2BNAJIB%2BDESAK%2BPIHAK%2BKWSP%2BUNTUK%2BHAPUSKAN%2BSEMUA%2BSYARAT%2BPENGELUARAN%2Bi SINAR

NEW%2BLMS

Walaupun terdapat arahan yang mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memberikan tekanan terhadap pihak kerajaan berhubung dengan pengeluaran i-Sinar KWSP namun Datuk Seri Najb tetap berkeras meminta supaya pihak kerajaan menghapuskan syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan dengan kadar yang segera.

PENGELUARAN i-SINAR SEPERTI i-LESTARI

Menurut Datuk Seri Najib Razak, pengeluaran i-Sinar perlu dibuat sepertimana pengeluaran i-Lestari dijalankan tempoh hari.

“Sesiapa yang merasakan bahawa mereka memerlukan keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit sahaja jika mereka masih mempunyai baki dalam akaun tersebut.

“Mereka bukannya nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga RM10,000 sahaja,” katanya yang memaklumkan ramai orang yang berasa gembira kerana permohonan pengeluaran i-Sinar diluluskan bermula semalam.

BACA JUGA: [TERKINI] Insentif RM1,000 Bagi Belia 18 hingga 30 Tahun ~ Program PenjanaKerjaya 2.0


RAKYAT BERASA KECEWA

Namun begitu, terdapat juga ramai rakyat yang berasa amat kecewa kerana permohonan yang telah mereka mohon mendapat keputusan gagal.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, rakyat lebih mengetahui akan keadaan serta situasi sebenar mereka dan rakyat lebih yakin duit yang dikeluarkan pada hari ini akan dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat apabila keadaan ekonomi menjadi baik semula.

Oleh itu, pihak kerajaan dan KWSP haruslah untuk mempercayai rakyat kerana caruman wang tersebut sememangnya adalah duit mereka sendiri,” katanya.

Sumber : salamkerjaya.com

Leave a Comment