BPR Fasa 2 : Tarikh Penting Serta Jumlah Baki Bayaran Bagi Fasa 2 Akan Bermula Pada 7 MEI 2021!

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252828%2529

image

Adakah anda tahu bahawa pembayaran bagi fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang bernilai RM2.75 bilion secara berperingkat akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula pada esok hari?

Walaubagaimanapun ada segelintir pemohon yang sudah menerima pengkreditan dalam beberapa hari ini, namu yang sedemikian secara rasminya pengkreditan tersebut akan dikreditkan bermula pada 7 MEI 2021.

BPR Fasa 2 ini akan dapat memanfaatkan sejumlah penerima yang sama seperti fasa pertama yang merangkumi sebanyak 3.6 juta isi rumah, 1.0 warga emas (bujang/tiada pasangan) dan juga 3.8 juta individu bujang dengan peruntukan sebanyak RM2.75 bilion.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda beberapa maklumat yang penting mengenai pembayaran BPR bagi fasa kedua yang wajid anda tahu.


Tarikh Penting Pembayaran BPR Fasa 2

Kami akan kongsikan kepada anda tarikh pembayaran serta cara pembayaran.

Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang
– Tarikh pembayaran 7-12 MEI 2021
– Terus dikreditkan ke dalam akaun bank anda

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak)
– Tarikh pembayaran 17 MEI 2021
– Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Peningkatan Peruntukan Terhadap Kadar Bayaran

Jika dahulu penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerim bujang menerima RM150.

Kini penerima tersebut adalah di antara RM150 sehingga RM600.

Jumlah Pembayaran Fasa 2 BPR

Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
– RM150-RM400
– (Baki Bayaran Pada Fasa Seterusnya iaitu Fasa Ketiga)

Warga Emas Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah (Bujang/Tiada Pasangan)
– RM300-RM600
– (Bayaran Akhir)

Individu Bujang Berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah

– RM200-RM350
– (Bayaran Akhir)

Cara Untuk Semak Status Lulus BPR Bagi Fasa 2

– Anda boleh melakukan semakan bermula pada 7 MEI 2021 dengan melayari pautan https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login 

Kaedah Pembayaran Bagi Kawasan Pedalaman Sabah Dan Sarawak Yang Tiada Akaun Bank

Kaedah pembayaran yang akan dilakukan secara tunai sekaligus dengan pembayaran Fasa 3 dengan melalui BSN dengan kolaborasi strategik bersama LHDNM dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak pada tarikh yang terdekat.

Tarikh Rasmi Permohonan Rayuan

– Tempoh permohonan rayuan akan dibuka bermula pada 15-30 JUN 2021.
– Jika permohonan anda tersebut pada sebelum ini ditolak, anda masih diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkenaan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Kenyataan Rasmi BPR Fasa 2

bpr

bpr%2B2

bpr%2B3


Maklumat Yang Selanjutnya:

– Anda boleh hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747
– Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 Petang
– Layari portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Leave a Comment