BPR: Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1 Sudah Dikreditkan Secara Berperingkat Bermula 22 Februari 2021 ~ Semak Akaun Anda!

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252814%2529

image

Alhamdulillah, berita gembira lagi buat para pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Sejak semalam lagi di mana pembayaran i-Lestari serta i-Sinar bagi Kategori 1 diawalkan oleh pihak KWSP, semalam juga terdapat juga beberapa pemohon yang berkongsi di laman facebook berkenaan dengan pembayaran BPR yang akhirnya sudah pun dikreditkan ke akaun masing-masing.

Justeru itu, pembayaran BPR akan mula dikreditkan ke akaun anda bermula pada hujung Februari ini. Seperti yang kita lihat, pengkreditan berlaku awal sedikit untuk beberapa akaun sahaja seperti di Bank Simpanan Nasional dan beberapa akaun yang lain juga turut menerima pengkreditan awal.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan info-info Bantuan Prihatin Rakyat ini kepada anda.



Bukti Ada Pemohon Yang Sudah Menerima Pembayaran Awal BPR Semalam

image

image

Cara Untuk Melakuka Semakan Status Bayaran BPR 2021

– Layari Laman Web Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
– Sila login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
– Tekan butang “Semak Status”
– Status bayaran / permohonan akan dipaparkan

Tarikh Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021

Pembayaran akan bermula pada hujung Februari 2021 secara berperingkat. Namun yang sedemikian, semalam iaitu pada 22 Februari 2021 juga sudah bermula pengkreditan ke beberapa akaun bank pemohon.

Kaedah Pembayaran Fasa Pertama

1. Pembayaran Dikreditkan Terus ke Akaun Bank

  • Pengkreditan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit ke BSH 2020 dan BPN 2.0 termasuklah rayuan.

2. Secara Tunai di Kaunter BSN

  • Pembayaran BPR akan dibuatkan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 ataupun BPN 2.0 adalah secara tunai.

Berapa Jumlah Bayaran Bagi BPR Fasa 1?

Kategori Isi Rumah

  • RM300


Individu Bujang Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun

  • RM150


OKU Berumur 18 sehingga 59 tahun

  • RM150


Tarikh yang terakhir bagi permohonan serta kemaskini maklumat adalah pada 25 Februari 2021. Kepada permohonan mereka yang telah diluluskan, anda boleh melakukan kemas kini di laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Pertanyaan Soal Jawab Berkenaan BPR 2021

Akaun bank yang saya laporkan semasa permohonan BSH 2020 / BPN 2.0 salah atau pun tidak lagi aktif. Adakah saya boleh melakukan kemas kini maklumat akaun bank?

– Kemas kini maklumat akaun bank adalah tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan adalah salah atau pun tidak lagi aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah atau pun alternatif lain bagi pembayaran adalah akan dilakukan secara tunai di BSN.

Adakah saya boleh membuat permohonan BPR 2021 walaupun status saya TIDAK LAYAK sebagai penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?

– Ya. Anda boleh melakukan Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021 boleh dilakukan bermulai pada 15 Januari 2021 sehingga 25 Februari 2021.

Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021?

– Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti yang berikut:

1. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
2. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dilakukan berdasarkan data dari JAKOA.
3. Kepada Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai penerima e-Bantuan JKM

Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021 sekirangan tiada sebarang perubahan maklumat?

– Sekiranya semakan permohonan di laman web rasmi BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021 tersebut.

Sekiranya semakan permohonan di lama web rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.



Kenyataan Media BPR Fasa 1 2021

image

Kepada yang ingin mendapatkan info terkini, sila rujuk:

Laman Web Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747

Semoga perkongsian daripada kami ini bermanfaat kepada anda.

Sumber: mingguankerja.my


Leave a Comment