Kami dari pasukan Laporan Media Semasa setiap hari akan berusaha untuk memberikan informasi yang terbaik kepada anda. Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan berkenaan Portal Manfaat, iaitu laman web yang mampu menyenaraikan Bantuan Kerajaan Tahun 2021 yang kriterianya bertepatan dengan kelayakan anda.
PENGENALAN PORTAL MANFAAT
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah membangunkan sebuah laman web yang mampu menyenaraikan Bantuan Kerajaan Tahun 2021 iaitu Portal Manfaat, laman web ini bertujuan bagi memudahkan masyarakat mengakses senarai bantuan terkini yang boleh dimohon.
Sebenarnya, ramai orang yang terlepas akan bantuan-bantuan lain. Sebagai contohnya, Bella telah memohon BPN Bujang RM500 dan BPR Bujang RM350, tetapi sebenarnya Bella boleh melakukan permohonan 27 lagi jenis bantuan kerajaan lain yang kriterianya lebih bertepatan dengan kelayakan Bella.
Hal ini demikian kerana untuk tidak tercicir peluang berharga ini, anda sewajarnya untuk menggunakan kemudahan Portal Manfaat tersebut kerana di sini terdapat banyak senarai Bantuan Kerajaan Tahun 2021.
BACA JUGA: BPR ~ Adakah perlu kemaskini data peribadi anda untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat
CARA SEMAK BANTUAN DI PORTAL MANFAAT
Berikut kami akan berikan rujukan atau tatacara lengkap kepada anda untuk membuat semakan di portal manfaat tersebut:
1. Layari pautan http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat.
2. Klik ‘Belanjawan 2021’.
3. Kemudian di dalam portal rasmi tersebut akan dipaparkan tiga pilihan iaitu Individu dan Isi Rumah, Perniagaan dan Majikan serta Komuniti. Sila pilih salah satu.
4. Jika anda memilih kategori Individu dan Isi Rumah, anda hendaklah memenuhkan ruangan maklumat peribadi yang diperlukan.
5. Setelah selesai, klik ‘Teruskan’.
6. Kemudian, anda perlulah memilih aspek yang terkandung dalam Belanjawan 2021 seperti perihal Kewangan, Pekerjaan, Pembiayaan, Pendidikan/Latihan, Perlindungan Sosial dan Kesihatan.
7. Senarai bantuan kerajaan yang bertepatan dengan kelayakan anda akan dipaparkan.
8. Klik setiap bantuan untuk melihat maklumatnya dengan lebih terperinci.
BACA JUGA: BPR: Kadar Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Yang Dibayar Pada Penghujung Februari 2021
Nota Tambahan: Untuk kategori PERNIAGAAN dan juga KOMUNITI pula, kaedahnya sama seperti tatacara yang telah kami kongsikan kepada anda di atas.
Demikianlah perkongsian daripada kami tentang berkenaan langkah untuk menggunakan Portal Manfaat ini. Diharapkan bahawa agar anda semua dapat menggunakan peluang ini dan memanfaatkan segala jenis bantuan yang boleh dimohon.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.
Mcm mna nak dptkn bantuan laptop tu