Bayaran GKP 4.0 sebanyak RM1,000 akan bermula pada bulan September & November ~ PEMULIH

Bantuan%2BKhas%2BCOVID 19%2BRM1%252C300%2Bmiskin%2Btegar%252C%2Bb40%2Bbujang%2Bdan%2Bm40%2B%25283%2529

image


Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini adalah bertujuan untuk membantu serta meringankan kesusahan rakyat yang mereka sedang hadapi.

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin ataupun lebih dikenali sebagai GKP telah berjaya untuk menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival di dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya kepada mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara keseluruhannya, pihak kerajaan telah pun memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan keapda anda berkenaan dengan maklumat yang lebih terperinci tentang bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) PEMULIH ini.

Pembayaran GKP 3.0

Dalam PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak sudah mendapatkan bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1,000 kira-kira dua minggu lepas lagi, serta bakal akan mendapatkan RM500 lagi pada pertengahan bulan Julai ini.

Bulan Pembayaran GKP 3.0 :
– RM1000 JUN 2021
– RM500 JULAI 2021

image

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini:

PEMULIH : Panduan Memohon Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000
PEMULIH : Bantuan Khas COVID-19 (BKC) RM1,300
i-Suri KWSP : Panduan Untuk Memohon Bantuan RM480
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) maksimum RM1,000
_____________________________________________________________________

Pembayaran GKP 4.0 

Pihak kerajaan telah bersetuju bagi menyediakan pembayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak sahaja iaitu sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan bulan September ini dan juga sebanyak RM500 pula pada bulan November 2021.


Bulan Pembayaran GKP 4.0
– RM500 pada bulan September 2021
– RM500 pada bulan November 2021

image

image

Pihak kerajaan amat berharap dengan pembayaran GKP 4.0 ini, lebih kurang dalam 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti, pusat penjagaan kesihatan dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan dapat membantu aliran tunai mereka.

Permohonan Baharu GKP 4.0

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapatkan bantuan ini, pendaftaran akan dibuka bermula pada pertengahan JULAI nanti.

Leave a Comment