eWallet RM100 Madani Tahun 2024. Kerajaan kini menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada semua penerima yang layak pada Disember ini.
Khabar gembira itu diumumka oleh Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong. Adakah anda layak untun menerima bantuan tunai ini? Sila baca selanjutnya.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.
Permohonan eWallet RM100 Madani
Dalam kenyataan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Berita Berkaitan :
Syarat Kelayakan eWallet RM100 Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Baca Juga :
“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Tarikh Bayaran dan Cara Tebus eWallet RM100 Madani
Kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023. – Steven Sim
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.