Bantuan Warga Emas JKM RM500 Setiap Sebulan 2021

BPR 2BFASA 2B3 2B 25282 2529

image 12

Untuk makluman anda semua bahawa bantuan warga emas di Malaysia ini akan diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Oleh yang sedemikian, tujuan ini diberikan adalah kepada warga emas untuk dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.


Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan maklumat yang lebih terperinci tentang bantuan ini.

Bantuan Warga Emas Dinaikkan

Seperti yang sedia maklmum pada pengumuman belanjawan 2021, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 untuk setiap seorang. Dengan syarat warga emas ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500

Orang tua atau pun warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

image 13


Cara Untuk Melakukan Permohonan

Sila ikuti segala langkah yang akan kami kongsikan di bawah ini:

  1. Layari laman web Bantuan JKM 2021
  2. Sila KLIK pada butang daftar permohonan
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
  4. Setelah selesai, KLIK butang daftar
  5. Dalam masa 14, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk DI SINI
  6. Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Melakukan Permohonan

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Orang Tua JKM

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan


Maklumat Yang Selanjutnya

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php atau sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No.Tel : 03-8000 8000

Semoga dipermudahkan segala urusan tuan puan sekeluarga. Mohon kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.

Sumber: mingguankerja.my

Leave a Comment