eKasih Sabah – Bantuan Tunai Rakyat Sabah RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR)
Berita baik untuk rakyat Sabah!
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini mengumumkan bahawa mulai Februari 2025, rakyat Sabah yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan, yang akan diteruskan hingga 31 Disember 2025.
Program ini dikenali sebagai Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR), bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk memohonnya.

Artikel berkaitan : MySalam 2025 : Permohonan, Semakan Bayaran & Tuntutan
eKasih Sabah : Sistem Bantuan untuk Rakyat yang Memerlukan
eKasih Sabah merupakan sistem pangkalan data yang penting dalam usaha menguruskan bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Dengan adanya sistem ini, kerajaan negeri dapat memastikan bantuan sampai kepada penerima yang benar-benar layak.
Melalui eKasih, proses pendaftaran dan penilaian kelayakan menjadi lebih efisien dan mudah untuk semua pihak.
Sistem ini juga memudahkan kerajaan dalam mengumpul data yang tepat mengenai taraf hidup rakyat. Dengan data yang lengkap dan terkini, dasar-dasar yang lebih berkesan dapat dilaksanakan untuk membantu mengatasi masalah kemiskinan di Sabah.
Selain itu, eKasih Sabah bukan sahaja digunakan untuk pengagihan bantuan RM300, tetapi juga untuk menguruskan bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan negeri atau persekutuan.

Syarat Kelayakan eKasih Sabah
Bagi mereka yang berminat untuk memohon Bantuan Rakyat Sabah RM300 melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya selama setahun.
- Pemohon harus berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024.
- Pemohon mesti merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin.
Selain itu, pemohon yang tercicir daripada sistem eKasih juga boleh memohon asalkan pendapatan isi rumah mereka adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), yang mana adalah:
- RM2,742 untuk kategori miskin
- RM1,218 untuk kategori miskin tegar
Pemohon boleh membuat semakan kelayakan melalui laman eKasih di eKasih2.

Sila masukkan noombor kad pengenalan dan kod captcha di ruang yang disediakan.

Jika nama anda telah tersenarai dalam penerima eKasih, anda akan menerima paparan seperti di atas.
Cara Memohon Bantuan eKasih Sabah RM300
Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mengikuti beberapa langkah mudah:
- Kunjungi pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di daerah masing-masing.
- Dapatkan borang permohonan dan lengkapkan dengan maklumat yang diperlukan.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Kad pengenalan
- Bukti alamat di Sabah
- Dokumen yang menunjukkan status pendapatan (jika ada)
- Serahkan borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan kepada pegawai di UPPM. Pegawai akan membantu memproses permohonan.
Selain itu, pemohon boleh mendaftar dan membuat kemaskini maklumat melalui PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah) melalui pautan berikut: PADANS.
Semakan Status Permohonan
Setelah permohonan dihantar, pemohon boleh menyemak status permohonan mereka melalui laman rasmi SUKUR Sabah.
Cukup dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan klik “Semak”.

Selain itu, pemohon juga boleh menggunakan aplikasi YONO Superapp untuk memeriksa status permohonan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui:

Jumlah Bayaran & Jadual Pembayaran
Bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun akan diberikan dalam bentuk fasa. Berikut adalah jadual pembayaran bantuan bagi tahun 2025:
- Fasa 1 (Januari – Mac): RM900 (Bermula 19 Februari 2025)
- Fasa 2 (April – Jun): RM900
- Fasa 3 (Julai – September): RM900
- Fasa 4 (Oktober – Disember): RM900
Bagi penerima yang tercicir (bukan tersenarai dalam eKasih), bayaran akan bermula pada Fasa 2 pada Mei 2025.
Kaedah Pembayaran Bantuan
Pembayaran bantuan eKasih Sabah akan disalurkan melalui beberapa kaedah:
- Akaun bank penerima.
- Bayaran tunai (untuk mereka yang tiada akaun bank).
- e-Wallet YONO, untuk memudahkan pembayaran tanpa menggunakan akaun bank.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di nombor 088-338 338 atau 010-5828207 melalui WhatsApp. Anda juga boleh melayari laman web rasmi PADANS Sabah untuk info terkini mengenai program ini.
Dengan adanya Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR), diharapkan lebih ramai rakyat Sabah yang memerlukan dapat merasai manfaat daripada bantuan ini, sekaligus membantu mereka mengurangkan beban kewangan dan memperbaiki kualiti hidup mereka.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.